Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 12, 2024 @ 3:20pm

Tak Anggap Kongsi Foto Aiman Hakim Sebagai Mengganggu Rumah Tangga, Status Kesihatan Mental Fathia Latif Cetus Tanda Tanya

Susulan tindakan memuat naik foto pelakon Aiman Hakim Ridza di akaun Instagram miliknya, pelakon sensasi Fathia Latiff mencetuskan tanda tanya dalam kalangan warganet terutamanya mengenai tahap kesihatan mentalnya.

Terkini, menerusi sesi temu bual podcast bersama penyanyi rap Caprice, Fathia ditanya mengenai tindakannya yang dilihat seolah-olah menganggu rumah tangga aktor itu apabila didakwa sengaja memuat naik gambar mereka bersama beserta kapsyen ‘I know you still love me’.

Bagaimanapun, Fathia menjelaskan, tindakannya itu tidak salah malah dia berhak memuat naik foto Aiman memandangkan aktor itu merupakan seorang selebriti.

“Iyakah dia macam menghancurkan rumah tangga orang?

“How do you know it is provoking? Come on, he is celebrity i can post whatever i want. Dia adalah selebriti dan seorang public figure so people use public figure pictures all around the world. So, why can’t i use it.

“He is been a part of my life and we have been like for five years and i don’t think it is wrong for me to post something about him,” katanya.

Sementara itu, Caprice menerusi hantaran di Instastory turut berkongsi tangkap layar sesi podcast bersama Fathia beserta aplikasi ‘Ask Me Question’ bertanyakan kepada pengikutnya tentang tempat yang bagus untuk mendapatkan rawatan psikiatri dan pakar spiritual.

“Anyone can recommend a good psychiatrist dan pakar spiritual healing yang pandai cakap? Tinggalkan nama dan nombor telefon pelase,” tulisnya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mempersoalkan tahap kesihatan mental Fathia apabila aktres itu kelihatan tidak normal ketika menjawab persoalan yang diajukan oleh Caprice.

“Fathia Latiff need help! Cara jawab pun tak normal. She need to jumpa doktor.

“Confirm gila!

“Dia macam dah tak normal… Dia tak rasa apa dia buat tu salah.

“Everyone knows she dumped him first, and he even could not accept it.

“i dont think she is in her right mind,” komen netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 20 Mar 2022

“Tolong Bertanggungjawab, Motif Keluarkan ‘Footage’ Belum Disunting?” – Umie Aida Bidas Isu Adegan Panas Zul Ariffin

Menurut Umie Aida, kakaknya Erma Fatima selaku penerbit drama ini mengakui dia berasa sangat bimbang berhubung babak intim yang dimuat naik tanpa keizinannya.

Featured Mon, 27 Mar 2023
Featured Sat, 14 Jan 2023

“Package Warga Emas Ke Ni?” – Gelagat Roy Azman, Jalaluddin Hassan & Ramli MS Bercuti Di Jepun Buat Warganet Terhibur

Tular satu perkongsian di TikTok, memaparkan Roy Azman, Datuk Jalaluddin Hassan dan Datuk Ramli MS bercuti bersama di Jepun. @thisisroyazmanGhisauuuu gak tok jalal nih 🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣♬ original sound – Roy Azman Menerusi muat naik yang dibuat […]

Featured Thu, 7 May 2026

Martabat Legasi Sharifah Aini Diangkat Dalam Konsert Eksklusif ‘A Tribute To Sharifah Aini’

Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) bakal mempersembahkan sebuah konsert istimewa berjudul ‘A Tribute to Sharifah Aini’ sebagai penghormatan kepada Biduanita Negara itu.

Featured Wed, 16 Mar 2022
Featured Mon, 18 Apr 2022
Hiburan Tue, 31 May 2022
error: Content is protected !!