Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 17, 2025 @ 8:13pm

Netizen Teruja Hafiz Suip Kongsi Foto Bertarikh 1 November 2025 – “Ada Konsert? Atau Lagu Baru?”

Perkongsian penyanyi berbakat, Hafiz Suip di laman Instagram menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminatnya.

Menerusi hantaran terbaharu, Hafiz memuat naik foto siluet dengan tarikh ‘1.11.2025’.

“Assalamualaikum semua.. Semoga dipermudahkan,” tulis Hafiz di ruangan kapsyen.

Di ruangan komen, rata-rata peminat mula berteka teki maksud tarikh yang ditulis oleh Hafiz.

Malah, ada netizen yang teruja dan membuat spekulasi Hafiz bakal mengadakan konsert pada tarikh tersebut.

Ada juga wargamaya yang menyangka Hafiz bakal mengeluarkan single terbaharu.

Pada Oktober tahun lalu, pelantun lagu Awan Nano itu muncul dengan konsert solo pertama yang berjudul Perjalananku dan ia diadakan di negeri kelahiran Hafiz, Sarawak.

Hafiz juga muncul sebagai artis undangan di pentas konsert By Ajai & Mega Friend yang diadakan di Malaysia dan Singapura.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 31 May 2023
Trending Sun, 11 Sep 2022
Hiburan Sun, 5 Jan 2025
Hiburan Wed, 13 Nov 2019
Hiburan Fri, 10 Jan 2020

Issey Tiada Masalah Jadi ‘Bapa Segera’

Fasa baru dalam hidup Issey!

Featured Wed, 16 Mar 2022
Hiburan Thu, 23 Jun 2022
Hiburan Wed, 1 Apr 2026
error: Content is protected !!