Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Aqilah Paharuzi July 18, 2025 @ 6:30pm

Ditahan Tanpa Asas, Siti Kasim Menang Saman… JAWI Diarah Bayar Ganti Rugi RM160,000

Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), bersama 15 pegawainya dan tujuh individu lain, perlu membayar ganti rugi keseluruhan RM160,000 kepada peguam dan aktivis, Siti Kasim berhubung penahanan secara tidak sah ketika menghadiri satu majlis makan malam pada 2016.

Memetik laporan Harian Metro,  keputusan itu dibuat selepas mahkamah membenarkan saman sivil difailkan Siti Kasim atas dakwaan penahanan salah dan pelanggaran hak asasi ketika menghadiri majlis kutipan derma di sebuah hotel anjuran kerajaan negeri.

Hakim Su Tiang Joo memerintahkan RM100,000 dibayar sebagai ganti rugi teladan, RM60,000 sebagai ganti rugi teruk, dan tambahan RM100,000 lagi sebagai kos guaman kepada Siti Kasim, atau nama penuhnya Siti Zabedah Kasim.

Dalam penghakimannya, mahkamah berpandangan Siti Kasim berjaya membuktikan dia telah ditahan secara salah dan dikurung secara tidak sah oleh dua pegawai JAWI sejurus keluar dari dewan majlis berkenaan.

“Pada pertimbangan saya, telah berlaku salah guna kuasa oleh penjawat awam apabila defendan menjalankan serbuan dan menahan seorang peserta dalam satu majlis anjuran kerajaan negeri tanpa memastikan kuasa yang digunakan itu sah di sisi undang-undang sekali gus menimbulkan ketakutan dan ketidakselesaan yang tidak wajar,” katanya.

Siti Kasim memfailkan saman berkenaan pada September 2019, mendakwa penahanan itu bukan sahaja dilakukan tanpa asas sah, malah melibatkan pelanggaran terhadap hak kebebasan diri seperti yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Dia turut menegaskan sepanjang insiden tersebut, dirinya tidak pernah menghalang mana-mana pegawai bertugas dan hanya menjalankan tanggungjawab sebagai peguam.

Sebelum ini, pada 21 Ogos 2020, Mahkamah Majistret memutuskan untuk melepaskan dan membebaskan Siti Kasim daripada pertuduhan menghalang penjawat awam selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Sumber, kredit foto: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 3 May 2025

Didakwa Lari Tak Bayar Kontraktor Ubah Suai Rumah Di London, Bonda Rozita Tampil Bersuara!

Bonda Rozita didakwa tak bayar kontraktor rumah mewah di London

Trending Thu, 12 Nov 2020
Hiburan Tue, 27 Jan 2026

“Hati Aqish Tak Pernah Berbelah Bahagi Bersama Kak Fazura, Terima Kasih” – Puteri Balqis

Fazura memberi pesanan kepada Aqish untuk yakin bahawa Allah ada membantu

Featured Wed, 30 Nov 2022

Nyanyian Duet ‘Jangan Pisahkan’, Didie Alias Minta Doa Warganet Buat Roslan Salleh

Pelakon dan pelawak, Didie Alias berkongsi momen melawat pelakon veteran Roslan Salleh yang sedang sakit. Didie juga sempat berduet menyanyikan lagu Jangan Pisahkan bersama Roslan yang sedang terbaring di atas katil. @mumydidiealias Alhamdullillah syukur dapat […]

Featured Thu, 26 Jun 2025

“Perkara Itu Sudah Lama, Tidak Ada Kaitan Dengan Mereka” – AC Mizal

Datuk AC Mizal mengambil keputusan untuk mengikut saluran yang betul mengenai isu yang diketengahkan.

Featured Thu, 3 Jul 2025

Ajai Mohon Maaf Isu Konsert 4U2C – “Saya Harap Perkara Ini Dapat Diselesaikan Cara Baik”

Ajai tampil memberikan respons susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh anggota kumpulan 4U2C, Datuk AC Mizal.

Featured Wed, 23 Feb 2022
error: Content is protected !!