Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 20, 2025 @ 1:39pm

Aksi Lengan Dipeluk Nelydia Senrose Dalam Kereta Kabel Undang Kecaman, Hariz Hamdan Mohon Maaf… Tiada Niat Cipta Kontroversi

Pelakon Hariz Hamdan tampil memohon maaf susulan video tular memaparkan dirinya bersama Nelydia Senrose yang mencetuskan perbincangan hangat netizen di media sosial baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, Nelydia dilihat memeluk lengan Hariz ketika mereka menaiki kereta kabel di Pulau Langkawi, sekali gus mengundang kecaman warganet, memandangkan aktres itu merupakan isteri orang.

Jelas Hariz, video berkenaan dimuat naik semata-mata untuk tujuan peribadi dan promosi drama terbaharunya, Seindah Hujan Cinta bukan dengan niat menimbulkan sebarang isu.

“Sejujurnya, saya hanya mahu mempromosikan drama bersiri Seindah Hujan Cinta yang bakal bersiaran di Tonton. Tak sangka ramai yang mengkritik video terbabit.

“Saya juga enggan salahkan siapa-siapa, tapi saya nak minta maaf jika video yang saya kongsikan itu mencetuskan kontroversi. Saya tiada niat pun untuk cetuskan isu sebab saya kongsikan hanya untuk kenangan saya dengan kawan-kawan serta mempromosikan naskhah terbaharu itu.

“Saya mohon maaf kepada semua. Salah tetap salah, apa yang dilakukan itu tidak seharusnya terjadi dan saya akan pastikan ia tak akan berulang di masa akan datang.

“Saya juga mohon orang ramai berhenti mengecam Nelydia kerana itu merupakan reaksi spontan dirinya yang gugup menaiki kereta kabel,” katanya.

Mengulas lanjut, Hariz menjelaskan situasi tersebut berlaku secara spontan apabila Nelydia mengalami rasa panik ketika berada dalam gondola yang bergerak.

“Ketika itu, kami menjalankan penggambaran di puncak dan menaiki kereta kabel untuk ke atas. Mungkin pada saat itu, Nelydia rasa gugup dan panik, jadi dia tak tahu apa yang dia buat.

“Saya pun tak salahkan dia, bila dia panik kita tak tahu macam mana kita akan bertindak. Disebabkan panik, dia peluk lengan saya. Saya sudah anggap Nelydia sebagai kakak kerana jarak usia kami. Saya baru berusia 23 tahun manakala Nelydia pula berusia 31 tahun.

“Saya dah anggap diri saya adik, jadi saya cuba buat yang terbaik untuk tenangkan dia sebab mungkin dia pada saat itu sangat-sangat memerlukan pertolongan. Apapun, saya mohon maaf,” katanya lagi.

Terdahulu, rakaman pendek tersebut tular di pelbagai platform media sosial dan mencetuskan reaksi pelbagai pihak dan ada yang mempertikaikan tindakan Nelydia, memandangkan statusnya sebagai wanita berstatus isteri.

Selain Hariz dan Nelydia, drama bersiri Seindah Hujan Cinta turut dibintangi oleh Yusuf Bahrin, Ezzanie Jasny dan ramai lagi.

Diarahkan oleh Nizam Zakaria, drama bersiri terbitan Country and Universal Sdn Bhd ini bakal bersiaran di Tonton bermula 21 Julai 2025.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 7 Jan 2018

青苔壁画:独一无二的街头涂鸦

除了一般的颜料之外,艺术家常常会用一些生活周遭的物品来当作素材作画。就像这名来自英国的艺术家 Anna Garforth,她就以青苔为媒材,搭配自己的巧手打造出一幅又一幅的青苔壁画。

Featured Thu, 21 Oct 2021

“Sebagai Seorang Wanita, Saya Juga Tidak Bersetuju Dengan Kenyataan Ayah” – Anak Fauzi Nawawi Mohon Hentikan Cacian & Makian

Anak perempuan kepada pelakon Fauzi Nawawi, Hanna Faresha meminta netizen untuk berhenti memberikan cacian terhadapnya dan ahli keluarga. Melalui status yang dimuat naik di ruangan Instagram Story, Hanna yang merupakan seorang model muslimah dengan rendah […]

Trending Wed, 27 Jun 2018

Sharnaaz Ahmad Perli Abang Terlajak Laris

Adakah Sharnaaz Ahmad mengeluarkan kenyataan tersebut dengan niat mahu memerli tindakan Abang terlajak laris?

Trending Wed, 6 Jul 2022

“Dia Mungkin Terkenal Dengan Kontroversi Tapi…” – Fasha Sandha Dedahkan Sifat Sebenar Bekas Suami

Fasha Sandha menyifatkan bekas suami merupakan seorang yang baik hati.

Trending Thu, 3 Jan 2019

Jawa Barat Dalam Zon Merah Kata Gabenor

Gabenor Dedah Jawa Barat Dalam Zon Merah, Berisiko Jadi Kawasan Bencana

Hiburan Thu, 21 Mar 2024
Hiburan Tue, 14 Nov 2023
error: Content is protected !!