Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 20, 2025 @ 4:47pm

“Saya Tak Mahu Belajar Setakat SPM Sahaja” – Zarif Ghazzi Bakal Sambung Diploma September Ini

Pelakon muda yang sedang mencipta nama, Zarif Ghazzi, 21, berkongsi berita gembira bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di Universiti Cyberjaya bermula September ini.

Menurut Zarif, hasrat untuk menyambung pengajian sudah lama disimpan dan akhirnya tercapai selepas beberapa percubaan terdahulu tidak membuahkan hasil.

“Insya-Allah, bulan September ini saya akan sambung belajar di peringkat diploma. Saya akan mula belajar di Universiti Cyberjaya dalam jurusan pentadbiran perniagaan.

“Sejak mula dalam bidang seni, saya sentiasa buat permohonan ke universiti, tapi belum ada rezeki. Alhamdulillah kali ini diterima,” katanya.

Zarif berkongsi perkara itu ketika ditemui pada acara Melodi Terhangat Superstar Tour Penang bersempena Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025) yang berlangsung di AEON Mall Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.

Meskipun bakal memulakan pengajian tidak lama lagi, Zarif menegaskan komitmennya terhadap kerjaya lakonan tidak akan terjejas memandangkan kursus yang diambil adalah secara separuh masa.

“Kerjaya seni saya masih berjalan seperti biasa. Jadual kerja memang akan sibuk, tapi saya akan beri keutamaan kepada pengajian dalam tempoh beberapa tahun ini.

“Tapi jangan risau, saya tak ke mana atau menyepi, masih aktif dalam industri dan tetap berlakon,” katanya.

Bercerita lebih lanjut, pelakon berasal dari Johor itu menjelaskan keputusannya menyambung pelajaran dibuat atas kehendak peribadi dan bukan disebabkan tekanan daripada sesiapa.

Bagi Zarif, pendidikan adalah pelaburan jangka panjang yang penting dalam kehidupan.

“Saya memang nak belajar dan ada sekurang-kurangnya segulung diploma. Tak nak berhenti setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saja.

“Bukan bermakna SPM tak bagus, tapi kalau boleh biarlah ada diploma dan ijazah juga. Semua ini saya buat atas kehendak sendiri,” katanya.

Dalam AMT 2025, Zarif tercalon dalam kategori Selebriti Newcomer Terhangat bersama sembilan calon lain iaitu Fitri Farok, Muaz Zabir, Jazmy Juma, Siti Hariesa, Shaza Bae, Puteri Khareeza, Sharifah Rose, Alya Iman dan Amir Ahnaf.

Undian AMT 2025 kini dibuka hingga 31 Julai 2025! Sokong calon terhangat pilihan anda dengan mudah, layari www.tonton.com.my/anugerahmeloditerhangat.

Acara kemuncak AMT 2025 akan berlangsung pada 3 Ogos 2025, tepat jam 9 malam secara langsung di TV3, dengan penstriman eksklusif menerusi platform Tonton.

Dalam pada itu, drama lakonan Zarif, Hilang Dalam Rindu kini bersiaran di slot Samarinda TV3.

Menampilkan lakonan Zarif bersama Tracie Sinidol, Jazmy Juma dan ramai lagi, saksikan drama bersiri ini setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di TV3!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 28 Jul 2018

Umie Aida Bagi ‘Green Light’ Suami Kahwin Lagi Satu?

Terkejut beruk abg.. dia ckp me merepek! Me ckp me tahu me bukan isteri yg sempurna. Hmm.. entahlah.. kenapa & mengapa me bole ckp begitu. Tapi YES.. me izinkan…

Hiburan Tue, 9 Apr 2019

’Kami Tak Mampu Hentikan Perang Tapi…’- Ella Dilantik Duta Misi Kemanusiaan Ke Lubnan

Bakal terbang ke Lubnan pada 26-30 April ini, Ella atau nama sebenarnya Nur Zila Haji Aminuddin terpanggil menyertai misi bersama Kedamaian Kemanusiaan Berhad (KKB) untuk berkongsi kebahagiaan bersama rakyat Palestin.

Featured Mon, 22 Jan 2024

“Saya Tak Boleh Hidup Tanpa Dia” – Izzue Islam Menangis, Sanggup Doa Minta Meninggal Dunia Bersama Dengan Isteri

Sebaknya! Macam cerita Habibie & Ainun pulak dah😭😭😭Moga Izzue & Awin bahagia sampai syurga.

Trending Thu, 26 Oct 2023
error: Content is protected !!