Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin July 22, 2025 @ 3:45pm

[VIDEO] “Walaupun Beg Dia Beratus Ribu, Tetap Support Kita Berniaga” – Aliff Syukri Teruja Siti Nurhaliza Sudi ‘Grab’ Beg Tangan Jenamanya

Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri teruja apabila biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberikan sokongan terhadap produk keluarannya.

Menerusi sepotong video tular yang dikongsikan di platform TikTok, Aliff bersama anak lelakinya, Ammar Ahyan sedang melakukan sesi live di TikTok sambil menjual beg tangan miliknya.

Bagaimanapun, apa yang  mencuri perhatian adalah ketika pengikut di platform berkenaan memaklumkan, Siti telahpun membeli beg tangan berwarna hitam milik Aliff.

“Betul ke Datuk Siti beli? Betul ke? Datuk Siti beli color apa?

“Terima kasih support kami berniaga, kita cari rezeki. Terima kasih, alhamdulillah.

“Terima kasih Ya Allah. Kita happy sangat,” katanya.

Sementara itu, Aliff bersyukur dengan tindakan figura terkenal itu yang sanggup membeli dan menyokong produk keluarannya meskipun mampu membeli beg tangan berjenama mewah.

“Walaupun Datuk Siti pakai beg beratus ribu, tapi beliau sudi merafak sembah (membeli beg tangan keluarannya).

“Jasa Datuk Siti amat kami hargai,” kongsinya.

Dalam perkongsian sama juga, Aliff sempat mendendangkan beberapa buah lagu nyanyian Siti Nurhaliza sebagai tanda penghargaan kerana menyokong perniagaannya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 28 May 2018

Video Lucah Syafiq Kyle M*****p Jadi Buruan!

Lebih memeranjatkan, video itu mula tular sejak malam tadi di laman Twitter dan boleh dibeli pada harga RM 20. Hurm… betul ke ni?

Featured Fri, 19 Mar 2021
Trending Mon, 13 Nov 2023
Events Sun, 10 Mar 2019

刘若英来马吃胖!要歌迷修图才能「出街」

「奶茶」刘若英提前来马“不小心”吃胖,演唱会见歌迷拍照让她不禁笑言:记得要修图了才能出街!

Hiburan Sun, 3 Dec 2023
Hiburan Tue, 2 Apr 2019
Hiburan Tue, 4 Dec 2018

Beraninya! Duyung ‘Pondan’ Viral, Siapa Dia?

Respect lah keluarga Maembong ni, semuanya berjaya dalam cara tersendiri!

error: Content is protected !!