Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 22, 2025 @ 3:36pm

Firdaus Ghufran Dakwa Diugut, Nekad Tuntut Keadilan Di Gelanggang Tinju – “Saya Dibuli 8 Orang Termasuk Seorang Pelakon”

Pelakon, Firdaus Ghufran mendakwa dirinya telah menjadi mangsa buli oleh lapan individu yang dikatakan salah seorang daripada mereka adalah seorang aktor.

Ketika ditemui media, Firdaus berkata salah satu sebab mengapa dia menyertai kejohanan tinju Asia Championship 2025 adalah untuk melawan semula individu tersebut.

“Saya adalah mangsa buli dengan lapan orang ketika menjalani penggambaran di Sarawak, dia seornag pelakon,” katanya.

Mengakui punca pergaduhan tercetus angkara mulutnya, Firdaus memaklumkan pihaknya sudah cuba menyelesaikan isu tersebut secara baik namun begitu ditentang oleh aktor terbabit.

“Punca pergaduhan mungkin disebabkan percakapan saya yang terlebih batas, tetapi saya tidak sentuh mengenai isteri atau anak-anak dia. Itu fitnah semata-mata. Saya hanya sebut nama dia saja.

“Saya cuma cakap dia sudah berkeluarga, seharusnya perlu lebih matang,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Firdaus mengakui dia tidak menyangka individu tersebut sanggup berbuat demikian, memandangkan mereka sudah berkawan lama sejak menjadi pelakon kanak-kanak.

“Saya tak sangka dia buat macam itu kepada saya. Kami dah berkawan lama dari kecil lagi. Kes pun belum selesai, saya suruh dia minta maaf tapi dia tak nak, terus dengan ego. Saya pun ada ego.

“Saya ajak dia berjumpa untuk menyelesaikan isu tetapi dia tak mahu, nak menggunakan kekerasan jadi saya okay saja,” katanya.

Bukan itu sahaja, Firdaus turut mendakwa dia telah diugut, sekali gus menuntut permohonan maaf daripada aktor tersebut.

“Tak kisah atas ring atau luar ring, janji saya nak dia yang minta maaf dekat saya seikhlasnya dari hati. Dia dah mencemarkan saya, jati diri saya diperlekehkan. Maruah diri saya nak letak mana?

“Saya tak jatuhkan imej dia, isu ini tak pernah didedahkan dalam mana-mana platform.. saya simpan sendiri.

“Tetapi saya diugut olehnya. Saya adalah mangsa, dan saya yakin Insya-Allah akan ada kifarahnya nanti,” katanya.

Ketika disoal sama ada dia sudah bersedia untuk bertembung aktor tersebut di perlawanan tinju Asia Championship 2025 Oktober nanti, Firdaus yakin dia akan memenangi pertarungan itu.

Dalam pada itu, Firdaus turut menjelaskan tindakannya untuk membalas perbuatan tersebut adalah bagi membuka mata orang lain tentang isu buli yang tidak wajar dipandang remeh.

“Sejujurnya, saya nak orang buka mata orang dibuli atau membuli isu ini bukan main-main. Boleh jadi dendam,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Wed, 17 Apr 2024

Video Kejutan Tular Disangka Hamil Anak Kedua, Ini Respons Syifa Melvin

Alamak! Belum hamil anak kedua lagi – Syifa Melvin

Hiburan Thu, 21 Aug 2025
Hiburan Sun, 4 Feb 2024

Titip Rasa Syukur, Sharifah Amani Umum Bakal Timang Cahaya Mata Pertama!

Alhamdulillah tahniah Amani & suami! Semoga dipermudahkan segala urusan 🤲🏼👶🏻

Hiburan Tue, 10 Dec 2019

Tak Puas Bersanding, Che Ta dan Zain Naik Pelamin Lagi?

Tak sabar nak tunggu persandingan Che Ta dan Zain! Pasti macam pasangan baru berkahwin!

Trending Wed, 27 Jun 2018

Video of Rosmah Singing Ed Sheeran’s Perfect Going Viral

Oh, Najib also sang a couple of songs.

Hiburan Thu, 16 Nov 2017

HADIAH KAHWIN RM 1 JUTA?

Siapa yang tidak gembira apabila diberikan hadiah perkahwinan bernilai RM1 Juta kan? Kalau nak tahu, itu adalah hadiah perkahwinan buat Adib Khalid dan pelakon cantik, manis berdarah Pakistan, Izara Aishah. Wow! Seronok lah kan?

Hiburan Wed, 16 May 2018

Here’s a Brand New Awesome Malaysian Band Everyone Must Check Out

They are young, fresh and totally worth listening to.

error: Content is protected !!