Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 24, 2025 @ 10:36am

Didakwa Rapat Dengan Doktor Muda, Zaiton Sameon Jawab Spekulasi… – “Kami Memang Mesra, Semuanya Kerana…”

Penyanyi legenda, Zaiton Sameon meluahkan rasa kesunyian tanpa kehadiran seorang suami selepas lebih 30 tahun menjalani kehidupan secara solo.

Meskipun pernah dua kali mendirikan rumah tangga namun berakhir dengan perpisahan, pemenang Anugerah Juara Lag uke-2 itu tidak serik untuk kembali berkahwin.

Baru-baru ini, timbul spekulasi mengatakan penyanyi berusia 69 tahun itu sedang mengenali hati budi seorang doktor perubatan dari Kelantan bernama Dr Afif.

Difahamkan, Dr Afif atau nama sebenarnya Afif Mohd Ridzwan, 44, merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Rawatan Al Farhain yang memiliki 16 cawangan di Pantai Timur.

Spekulasi itu mula tercetus selepas Dr Afif bersama penyampai radio, Fizie Roslan mengunjungi rumah Zaiton bagi memberikan suplemen.

“Fizie tahu saya ada masalah dalaman perut. Jadi dia mencadangkan agar saya makan suplemen yang sedang diusahakannya iaitu EnerVast. Ia bagus untuk kesihatan usus.

“Baru-baru ini, Fizie datang bersama Dr Afif yang membuat kajian dan menghasilkan suplemen ini. Dari situ Dr Afif banyak memberikan nasihat dan tip untuk kesihatan saya.

“Tak dinafikan, kami ada berhubung selepas itu melalui panggilan telefon dan WhatsApp. Semua tentang kesihatan,” katanya.

Namun, Zaiton menyatakan kekeliruan apabila ada pihak mendakwa dia kini sedang dilamun cinta bersama Dr Afif.

“Tak dinafikan, Dr Afif ni seorang yang baik hati, murah dengan senyuman, hormat orang, suka memberi nasihat dan sebagainya.

“Namun, hubungan kami setakat pesakit dengan doktor sahaja. Kalau orang nampak mesra pun, hanya berborak soal kesihatan.

“Dr Afif terlalu muda untuk saya. Lagi pun dia suami orang. Tak baiklah kalau ada yang anggap kami ada hubungan istimewa. Apatah lagi, soal kahwin.

“Memang soal jodoh adalah ketentuan Allah. Saya hanya berserah. Namun dalam masa yang sama, saya faham dan hormat perasaan wanita lain.

“Iya, memang tak salah pun kalau saya nak kahwin lagi. Cuma, rasanya sekarang bukan itu jadi matlamat hidup saya. Tak fikir pun pasal kahwin.

“Saya hanya fikir untuk terus bekerja memenuhi undangan nyanyian dan meneruskan usaha dalam bisnes,” katanya.

Kini, Zaiton lebih aktif membangunkan beberapa perniagaan termasuk produk makanan seperti Rendang Nasib dan Sambal Bilis Hijau Petai, serta minyak wangi berjenama sendiri seperti Millionaire dan Gabriel.

Dalam pada itu, Dr Afif ketika dihubungi menjelaskan dia hanya menganggap Zaiton seperti ibu sendiri.

“Saya bersyukur, suplemen yang saya berikan kepadanya dapat membantu Zaiton yang mempunyai masalah ‘pembuangan’.

“Saya ikhlas bantu dia. Tiada niat lain. Saya doakan beliau terus sihat sekaligus dapat mencari rezeki dengan lebih giat lagi. Saya harap, sama-samalah sokong bisnes yang diusahakannya,” katanya.

Berhubung dakwaan mengenai hubungan istimewa dengan Zaiton, Dr Afif tidak mengambil pusing perkara itu.

“Apabila ada yang mengaitkan saya dengan Kak Eton, saya senyum sahaja. Saya anggap ia hanya usikan daripada para peminat Kak Eton.

“Iyalah, sudah lama peminat mengharapkan dia berkahwin setelah lama hidup sebagai ibu tunggal. Bagi saya soal jodoh itu, Allah yang tentukan. Doakanlah yang terbaik buatnya,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 4 Dec 2020
Trending Thu, 11 Mar 2021

KKM Jamin Proses Yang Ketat Perlu Untuk Keselamatan Penerima Vaksin

Kesihatan rakyat Malaysia menjadi keutamaan

Hiburan Fri, 26 Apr 2019

‘Apa Faedah Bawa Artis KPOP Datang Sini?’- Datuk Awie Tempelak Tindakan Menteri?

Tahun Melawat Malaysia tapi artis luar pula yang dijemput. Kenapa agaknya ya?

Hiburan Thu, 14 Dec 2023
Hiburan Sat, 2 Jun 2018

Muzik Video ‘Lavida Raya’ Dapat Sentuhan Anak

Kos pembikinan muzik video singlenya itu tidak terlalu mahal berbanding I Am Me. Penggambaran dilakukan dia rumah sendiri dan saya menggunakan penari daripada kalangan rakan-rakan sendiri termasuk dua anak saya iaitu Cik B dan Kacak sebagai watak utama. Cayalah!

Hiburan Mon, 9 Sep 2019

人气韩团GOT7世界巡演2020席卷大马!

JYP Entertainment日前透过官方网站公开GOT7巡演最新日期,而马来西亚正式宣布被列入为巡演站之一!

Events Fri, 19 Jul 2019

「旅游达人」叶剑锋任品牌大使!为「守护者基金」站台筹措资金

「旅游达人」叶剑锋任旅游用品品牌大使,站台新创立「守护者基金」,为大马国家自闭症协会(NASOM)筹获50万令吉经费。

error: Content is protected !!