Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 3, 2021 @ 2:42pm

Dihentam Netizen Selepas Pijak Duit RM70,000: Iqbal Zulkefli Pertahan Diri Sendiri, Akui Masih Tahu Batas Adab

Selepas menerima pelbagai komen positif di atas kemunculan lagu terbaharunya berjudul Hujan, Iqbal Zulkefli sekali lagi terpalit dengan isu kontroversi melibatkan satu video yang dimuat naik menerusi saluran YouTube Rusa Entertainment memperlihatkan aksi Iqbal sedang memijak duit.

Video yang dianggap mempersendakan rezeki kerana memijak wang tersebut ternyata mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Malah, ada diantara mereka yang melabel usahawan ini sebagai seorang yang dahagakan populariti kerana sanggup melakukan perkara tersebut demi content semata-mata.

Bagaimanapun, bagi menjawab desas-desus tersebut, Iqbal tampil dengan sebuah video berdurasi 5:41 menerusi muat naik di Instagram miliknya pada Rabu.

Menurutnya, terdapat banyak salah faham yang timbul berkenaan isu memijak wang tersebut. Namun, duit yang dipijak dan digunakan untuk tujuan pengambaran itu bukanlah duit sebenar.

Tegas Iqbal, wang tersebut juga bukan ditabur olehnya kerana wang kertas berkenaan sememangnya sudah bertaburan dan digunakan oleh selebriti yang lain.

“Tidak mungkin saya sedangkal itu memijak wang. Saya masih tahu batas adab. Masih tahu menilai baik dan buruk. Ketika itu kami semua mahu cepat kemaskan studio. 

“Oleh kerana terlalu banyak kertas bertaburan, saya dengan selamba cepat-cepat kemaskan menggunakan kaki. Tanpa terfikir ia dirakam dan kebetulan hanya muka saya seorang terpapar.

“Jika ada yang terbuka hati untuk faham perkara sebenar, saya bersyukur. Jika masih tidak faham, tidak mengapa asalkan saya tahu saya masih waras.

“Tiada daya saya untuk berkata lebih kerana video itu telah tersebar dan menjadi bahan hinaan orang. Saya maafkan bagi yang menyebarkan kerana visualnya memang tampak seolah saya manusia tidak waras. Saya hanya berserah,” katanya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 13 Jan 2025

CSOIAM: Rezza Shah & Alya Mardien Tersingkir, Jimi Sekali Lagi Bergelar Peserta ‘Terpaling Fizz’ Di Minggu Ke-4

Rezza Shah dan Alya Mardien tersingkir di minggu keempat CSOIAM. Jimi sekali lagi bergelar peserta Terpaling Fizz.

Hiburan Tue, 21 Jun 2022
Featured Sun, 28 Nov 2021

YouTuber Lakon Semula ‘Squid Game’ Tawar Hadiah Utama RM1.9 juta

Seorang penghasil kandungan di Youtube meniru cabaran dalam permainan drama bersiri popular Netflix, Squid Game, dengan peserta berpeluang memenangi hadiah utama sebanyak $456,000 (RM1.9 juta). YouTuber popular Mr. Beast yang mempunyai 76.4 juta pelanggan berkata, […]

Trending Sat, 28 Apr 2018

Selamat Jalan, Alfie…

Pakar perubatan di Britain berpendapat bahawa rawatan selanjutnya adalah sia-sia, namun ibu bapanya ingin membawa Alfie ke Rom, selepas mendapat tawaran rawatan di hospital Vatican Bambino Gesu.

error: Content is protected !!