Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 13, 2025 @ 2:19am

CSOIAM: Rezza Shah & Alya Mardien Tersingkir, Jimi Sekali Lagi Bergelar Peserta ‘Terpaling Fizz’ Di Minggu Ke-4

Perjalanan dua peserta Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), Rezza Shah dan Alya Mardien terhenti selepas nama mereka diumumkan sebagai peserta tersingkir di konsert minggu keempat yang bersiaran sebentar tadi.

Persembahan Rezza dan Alya gagal memikat hati juri tetap, Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain dan Cakra Khan termasuk juri jemputan, Hael Husaini yang memberikan 60 peratus markah dan undian penonton sebanyak 40 peratus markah.

Penyingkiran Rezza pada konsert minggu keempat CSOIAM sudah dapat dijangka selepas mendapat kritikan pedas juri sewaktu membuat persembahan lagu Kembali Merindu nyanyian asal Slam dan Seragam Hitam nyanyian asal Kristal.

Bagaimanapun, keputusan penyingkiran Alya memberi kejutan kerana persembahannya menyampaikan lagu Bukan Lagi Kita nyanyian asal Nadeera dan Jangan Mati Rasa Itu nyanyian asal Aina Abdul menerima respons positif.

Menang Kali Kedua, Jimi Jadi Peserta Terpaling Fizz

Mempamerkan persembahan hebat menerusi Senggol Senggolan nyanyian asal Mas Idayu dan Drama King nyanyian asal Meet Uncle Hussain dan Black, Jimi sekali lagi dinobatkan sebagai peserta ‘Terpaling Fizz’ dan sebagai ganjaran, dia bakal berduet dengan Misha Omar di minggu kelima.

Sementara itu, konsert CSOIAM minggu kelima, Ahad depan bertemakan ‘Evolusi AJL’ menyaksikan hanya enam peserta yang bakal membuat persembahan.

Mereka yang berjaya mara adalah Zazzleen, Eylia Guntabid, Kai Deva, Mariam, Marygrace dan Jimi.

Proses penyingkiran seterusnya akan diadakan pada konsert minggu kelima sehingga empat finalis berjaya dicari untuk berentap pada konsert akhir, 9 Februari nanti.

Konsert minggu keempat CSOIAM menampilkan Mimi Fly sebagai pembuka tirai persembahan dengan menyampaikan lagu hit terbaharunya berjudul Angkat.

Program realiti nyanyian yang mula mencipta fenomena pada 2006 itu kembali disiarkan di TV3 bermula malam ini hingga 9 Februari tahun depan dengan format baharu.

Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy menggalas tugas sebagai pengacara untuk program yang bersiaran selama lapan minggu ini manakala Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain dan Cakra Khan menggalas tugas selaku juri tetap.

Juara CSOIAM akan membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000, sebuah kereta bernilai RM200,000, serta kontrak rakaman eksklusif bersama Alternate Records & Talents selama dua tahun.

Teruskan menyaksikan Calpis Soda One In A Million secara langsung di TV3, setiap Ahad, jam 9.00 malam, atau strim secara HD di Tonton.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton program berprestij ini setiap minggu untuk peluang menangi hadiah berupa sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000 bagi mereka yang bertuah!

Jangan terlepas untuk merasai keterujaan sorotan eksklusif pengalaman peserta melalui Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal, yang bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam.

Ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk berinteraksi mengenai program ini

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 1 Oct 2018
Featured Fri, 18 Aug 2023

[VIDEO] Dikritik Sebar Aib Suami Berzina Dengan Penyondol, Ini Respons Padu Isteri Azlan Komeng – “Sampai Bila Wanita Nak Dib*dohkan?”

Perghh, pedas dan padu respons isteri Azlan Komeng ni 🥵 Min respect! Isteri yang sangat kuat

Featured Thu, 6 Oct 2022
Featured Thu, 12 Jan 2023
Hiburan Fri, 7 Dec 2018

‘Pose Hebat Tapi Hutang Liat Nak Bayar’, Aliff Syukri Sindir Siapa?

Hello, dah berhutang tu pandai-pandailah bayar balik eh…

Contest Mon, 28 Oct 2019

#xtragiveaway World’s First-Ever “Train To Busan” Horror House Experience Contest; 12 Free Tickets To Give Away!

You know what’s better than a good haunted house during Halloween? Yup, it’s FREE haunted house! So what are you waiting for? Join in the contest now!

Hiburan Fri, 11 May 2018

Che Ta Bengang Dikata Playsafe, Sampai Terkeluar Perkataan B**i

Dah kenapa sampai terkeluar perkataan B**i, Che Ta…

Featured Sat, 19 Mar 2022
error: Content is protected !!