Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 24, 2025 @ 2:53pm

Ikut Trend S-Line, Zoey Rahman Dikecam Sengaja Buka Aib – “Bangga Sangat Ni”

Pelakon dan usahawan, Zoey Rahman mencuri perhatian selepas berkongsi fotonya sedang berada di gimnasium.

Menerusi perkongsian tersebut, Zoey atau nama lengkapnya, Mohd Hairey Azhar Abd Rahman, 40, kelihatan tidak memakai baju dan hanya mengenakan seluar panjang berona kelabu.

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah, Zoey secara terbuka mengikut trend drama popular Korea Selatan iaitu, S-Line.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons terhadap hantaran berkenaan.

Malah, ada yang menyifatkan tindakannya itu sebagai sengaja membuka aib dan maruah sendiri.

Sebelum ini, pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun meluahkan rasa terkilan apabila masyarakat Malaysia sudah mula terikut-ikut dengan trend yang diambil dari siri drama popular  itu.

Jelasnya, meskipun trend S-Line ini kelihatan seperti gurauan ringan namun ia membawa kerosakan besar terhadap akhlak dan maruah masyarakat.

“Perbuatan membuka aib, berbangga dengan dosa dan menormalisasikan maksiat adalah haram serta dilaranag keras dalam Islam, bahkan mengundang murka dan bala Allah. Na‘uzubillahi min dzalik.

“Inilah yang sedang berlaku. Maksiat dihias, dosa dikaburkan dari hati, lalu disebarkan tanpa rasa bersalah. Apa yang patut disesali dalam doa dan taubat, kini dijadikan bahan hiburan di skrin,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 20 Apr 2020

Pashmina Bunga Citra Lestari serlahkan keayuan si pemakai

Cantik digayakan untuk pelbagai majlis

Events Thu, 13 Dec 2018

许佳麟认爱女网红「没刻要公开但也不隐瞒」

「国民男友」Danny许佳麟认爱!女粉心都碎了~

Hiburan Thu, 25 Sep 2025

Tam Suhaimi Bertegas Tak Perlu Adegan Panas Untuk Tarik Penonton

Tam Suhaimi tak setuju perlu adengan panas untuk karya laris

Hiburan Fri, 22 Jun 2018

Zul Ariffin Separuh Bogel Di Thailand, Undang Komen Lucah Netizen

Gambar yang dimuat naik beberapa jam ini telahpun mendapat 48, 940 likes. Difahamkan, Zul Ariffin kini sedang menikmati percutian beliau bersama teman-temannya di sebuah pantai peranginan yang popular di Thailand.

Hiburan Mon, 13 Aug 2018

Cukur Kening Sewaktu Muda Ini Jawapan Noorkhiriah

Norkhiriah mendedahkan dia pernah mencukur kening ketika zaman muda dan mengakui …

Hiburan Mon, 3 Feb 2025

Dah Bertunang 9 November Lalu, Bakal Suami Wanna Ali Anak Bekas Ketua Polis

Wanna Ali dedah detik perkenalan bersama tunang iaitu anak bekas ketua polis negara

Featured Mon, 30 Mar 2026

“Daddy Sporting, Baik & Handsome” – Ayden Titip Pujian Buat Syed Saddiq

Anak sulung kepada penyanyi Bella Astillah iaitu Ayden Adrean,9, meluahkan rasa syukur di atas berita gembira berkenaan pertunangan ibunya dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq baru-baru ini.

Featured Wed, 25 Jan 2023
error: Content is protected !!