Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 24, 2025 @ 4:39pm

Susah Tidur & Tiba-Tiba Bercakap Sendiri… Aiman Hakim Terganggu Akibat Terlalu Menjiwai Watak

“Ia betul-betul memberi kesan dalam jiwa saya”.

Demikian perkongsian pelakon Aiman Hakim Ridza ketika ditanya mengenai cabaran yang dihadapinya sepanjang menjalani penggambaran drama bersiri Bad Cop.

Kata Aiman, 36, perkara itu berlaku dek kerana dia terlalu menjiwai wataknya dalam drama adaptasi filem Jerman berkenaan.

Jelasnya, ada hari-hari yang yang dia terpaksa menelan ubat batuk selain mengalami demam sepanjang 10 hari terlibat dalam penggambaran cerita tersebut.

“Saya demam dan tidak boleh tidur sepanjang 1o hari penggambaran kerana watak dalam cerita itu terperangkap dalam fikiran saya.

“Ada hari saya terpaksa telan ubat batuk supaya boleh tidur. Saya tak boleh bayangkan macam mana ada orang boleh melalui perkara sebegini,” katanya.

Aiman atau nama lengkapnya, Aiman Hakim Ridza Abdoh itu berkata demikian ketika ditemui di set penggambaran drama bersiri Bad Cop yang diadakan di Damansara, Petaling Jaya pada Rabu.

Dalam pada itu, Aiman berkata, kehadiran isterinya yang juga pelakon Zahirah Macwilson banyak membantunya dalam mengatasi tekanan sepanjang proses penggambaran.

Ini termasuklah ada ketika dia seperti bercakap seorang diri meskipun tengah berkomunikasi dengan isterinya melalui panggilan telefon.

“She did a lot of support, dia akan menelefon saya ketika saya breakdown.

“Ada ketika itu, saya sendiri tak perasan saya sedang bercakap dengan dia padahal di telefon tiba-tiba saya bercakap seorang diri seperti sedang berlakon kerana terlalu terbawa dengan watak dalam cerita itu.

“Tapi masa tu, saya tak sedar masih bercakap dengannya, tapi dia tetap beri sokongan moral dan sedikit sebanyak membantu saya untuk lebih tenang,”kongsinya.

Menganggap ini adalah cabaran sebagai seorang pelakon, Aiman bagaimanapun mengakui pengalaman tersebut memberi kepuasan tersendiri dalam kerjaya lakonannya.

Malah, dia percaya setiap pelakon mahu merasai pengalaman sebegitu sebagai sebahagian daripada proses mendalami watak.

“Saya bukannya terlalu berfikir, ini sesuatu yang normal bagi seorang pelakon. Kami ibarat span bila disimbah air, akan jadi berat. Tapi ada hari, saya tak sempat ‘perah’ dan terus ‘breakdown’.

“Dah lama saya tak alami pengalaman seperti ini dan sebagai pelakon, saya memang sukakan proses tersebut,” jelasnya.

Sekadar info, Bad Cop adalah arahan pelakon dan pengarah Jason Chong.

Selain Aiman, drama ini turut menampilkan barisan pelakon hebat antaranya Siti Saleha, Harvinth Skin, Razib Salimin, Tony Eusoff, Whulandary Herman, Melissa Campbell dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 23 Feb 2021

Mahkamah Keluar Waran Tangkap Terhadap Sajat

Bila agaknya kes ni nak selesai?

Hiburan Mon, 1 Apr 2019
Hiburan Thu, 27 Mar 2025

Nabil Ahmad Dedah Menangis Di Masjid Selepas Dapat Berita Sedih, Berzikir & Beramal Sepanjang Tempoh Direhatkan

Nabil Ahmad hanya menumpukan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan selepas berdepan dengan kontroversi.

LIFESTYLE Wed, 8 May 2019

Get Flight Tickets to Seoul, Tokyo, Hong Kong & More From as Low as MYR0!

It’s a limited time sale starting 8 to 10 May 2019!

Featured Tue, 24 Oct 2023
Featured Mon, 23 Feb 2026

“Tak Ada Lebih Makbul Dari Doa Seorang Ibu” – Isteri Aliff Syukri Simpati Nasib Amyza Aznan & Anak-Anak

Shahida meluahkan rasa simpati terhadap ujian yang menimpa pelakon dan pelawak, Amyza Aznan.

Featured Fri, 24 Mar 2023
Hiburan Mon, 7 Oct 2019

Perlekeh Kanak-Kanak Tak Tahu Berbahasa Inggeris, Maya Karin Kena Hentam Teruk Di Twitter?

Apapun, niat Maya itu baik cuma cara menegur itu perlu dibetulkan barangkali?

error: Content is protected !!