Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 24, 2025 @ 4:25pm

80 Pempengaruh Dari 20 Negara Berentap Rebut Gelaran Terbaik Asia Di All Star Influencer Award 2025

Seramai 80 pencipta kandungan digital dari 20 negara Asia dan Timur Tengah bakal ‘berentap’ dalam edisi ketiga All Star Influencer Award (Asia) 2025, yang dijangka menjadi antara acara paling berprestij dan dinanti dalam dunia pencipta kandungan digital rantau ini.

Lebih menarik, kesemua peserta akan menjelajah ke lapan negeri di seluruh Malaysia bermula Julai hingga Oktober ini dalam misi menghasilkan kandungan kreatif bertemakan keindahan, budaya dan tarikan pelancongan tempatan sebelum ke pentas kemuncak malam anugerah.

“Setiap dua negeri akan menerima 20 pencipta kandungan dalam tempoh tertentu. Mereka akan terlibat dalam pelbagai aktiviti eksplorasi dari makanan tempatan, seni budaya, alam semula jadi sehinggalah ke cabaran digital,” kata penganjur, Datuk Abd. Rahman Soltan.

Antara destinasi jelajah yang bakal dikunjungi termasuk Johor dan Pahang (20–25 Julai), Melaka dan Selangor (17–20 Ogos), Pulau Pinang dan Langkawi (14–20 September) serta Sabah (14–17 Oktober).

ASIA2025 turut menjadi sebahagian daripada usaha menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, sekali gus memperkukuh imej negara sebagai hab pelancongan digital dan kreatif.

“Gabungan pengaruh digital dan keunikan budaya tempatan dijangka meningkatkan kesedaran global terhadap Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama menjelang 2026,” tambahnya.

Majlis Gala Anugerah yang dijadual berlangsung pada 19 Oktober 2025 bakal menyaksikan pemenang utama membawa pulang hadiah wang tunai USD15,000 serta percutian eksklusif ke Dubai.

Tempat kedua akan menerima USD5,000 dan turut menikmati percutian ke destinasi sama, manakala tempat ketiga bakal membawa pulang USD1,000 beserta pakej istimewa ke Dubai.

Tidak hanya itu, sepuluh pencipta kandungan terbaik keseluruhan akan dipilih menyertai trip istimewa yang ditaja sepenuhnya sebagai penghargaan atas kandungan cemerlang mereka sepanjang program.

Sebanyak 13 kategori anugerah dipertandingkan termasuk:

  • Best Gourmet Award
  • Best Storyteller
  • Best Mixed Dance
  • Best Transition
  • Best Culture Curator
  • Best Comedy Maestro
  • Best Mixed Language
  • Best State Compilation
  • Best Content Creation
  • Best Influencer Award

Program ini turut mendapat kerjasama dan tajaan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi Tourism Malaysia, selain disokong jenama seperti Tune Talk, Sally Beauty by Sally, Argania, Yute by thelikeyuti, AN by Harissa Adlynn dan Atlanta Resources.

“Kami mahu Malaysia menjadi hab pencipta kandungan digital serantau dan memberi ruang kepada peserta untuk menampilkan kreativiti sambil mengangkat imej negara,” ujarnya.

Tahun lalu, tanda pagar rasmi #AllStarInfluencerAward2024 berjaya meraih lebih 500 juta capaian digital di TikTok dan tular di pelbagai platform sosial sepanjang setahun.

Pempengaruh dari Indonesia, Saal Haerid muncul juara edisi 2024 dan membawa pulang USD10,000, trofi eksklusif serta percutian ke Dubai. Beliau turut memenangi kategori Best Content Creation dengan hadiah tambahan USD1,000.

Manakala Abyan Calief (Indonesia) meraih tempat kedua, sementara wakil Malaysia, Imranul Effendi, memenangi tempat ketiga dengan hadiah tunai USD3,000 serta percutian ke Dubai.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 4 Sep 2018

Doktor Melecur Selepas Bilik Dibakar Pesakit Mental

Doktor lelaki berusia 50-an melecur 30 peratus di badan manakala jururawat berusia 30-an melecur lima peratus di bahagian muka dan badan.

Trending Mon, 16 Apr 2018

Polis Terima Laporan Mangsa ‘Samseng’ Sekolah

Justeru, sementara siasatan lanjut dijalankan, pihak polis meminta kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini…Jangan buat andaian bukan-bukan ya lepasni!

Featured Wed, 19 Feb 2025

Sebak! Ibu Kenang 5 Tahun Pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair

Ibunya menyifatkan pemergian Ashraf seperti baru berlaku semalam.

Trending Fri, 11 Sep 2020

Kenakan Sekatan Perjalanan Ke Atas Negara Berisiko – MKN

Ingat, jangan ikut suka hati je okay!

Trending Wed, 11 Apr 2018

May 9th Officially a Public Holiday in Conjunction with GE14!

The government just announced it so that everyone can easily vote.

Trending Fri, 31 Dec 2021

“Saya Terima Segala Kecaman, Tapi..” – Ganti Noraniza Idris Nyanyi Lagu Intan Payung, Amsyar Leee Dikritik Netizen

Teka-teki pengganti penyanyi Noraniza Idris untuk menyampaikan lagu Intan Payung bersama Bunga di persaingan Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36) akhirnya terjawab. Penyanyi baharu, Amsyar Leee dipilih untuk menggantikan Ratu Pop Tradisional yang kini sedang […]

error: Content is protected !!