Euforia Bola 2026
Drama By: Padin July 24, 2025 @ 5:16pm

DEX Beraksi Dalam Drama Thriller Serius Bertemakan Sisi Dunia Gelap Pemerdagangan Kanak-Kanak, Strim ‘The Defects’ Di Tonton!

Peminat K-drama! Bersiap sedialah untuk menyelami sisi gelap dunia yang jarang dibicarakan. Drama bersiri baharu dari Korea, ‘The Defects,’ kini boleh distrim di Tonton, ditayangkan serentak bersama siaran di Korea.

Dibintangi oleh pelakon berbakat seperti Yum Jung-ah, Won Jina, Choi Young Jun dan Kim Jin Young (DEX), siri ini menjanjikan sebuah jalan cerita yang penuh dramatik, konflik serta persoalan yang mencabar naluri manusia.

‘The Defects’ ialah drama thriller aksi yang mengisahkan sekumpulan kanak-kanak yang dibeli secara haram oleh ibu bapa angkat mereka, lalu terperangkap dalam dunia gelap pemerdagangan manusia. Di sebalik dunia ini, adanya Kim Se-Hee (lakonan Yum Jung-ah), seorang doktor ternama dan pengarah hospital berprofil tinggi yang turut mengetuai sindiket anak angkat haram yang dikendalikan oleh Jung Hyeon (lakonan Kim Jin Young).

Organisasi ini menawarkan “jaminan pemulangan”, satu sistem kejam yang mampu melenyapkan kanak-kanak ini hanya kerana mereka tidak memenuhi harapan ibu bapa angkat mereka. Muncul pula Kim A-Hyeon (lakonan Won Jina), salah seorang mangsa yang berjaya melepaskan diri. Kini, dia bangkit memimpin anak-anak lain untuk menuntut kembali masa depan mereka yang telah dianiaya dan membalas dendam terhadap pengkhianatan masa lalu yang terus menghantui.

Kisah berani ini diangkat daripada webtoon popular yang pernah mencetus fenomena, dengan karya asalnya menerima pengiktirafan antarabangsa menerusi anugerah “Best Creative Award” dalam kategori Webtoon di International Content Market SPP 2017, satu pencapaian yang membuktikan kekuatan naratif dan mesej yang dibawa.

‘The Defects’ juga menyaksikan kembalinya DEX ke dunia lakonan, kali ini menerusi sebuah thriller yang penuh ketegangan dan rahsia kelam. Dikenali sebagai bekas tentera khas dan bintang rancangan realiti, DEX terus memperluas bakat seninya, dan kemunculannya kali ini sememangnya dinanti-nantikan ramai.

Strim ‘The Defects’ sekarang di Tonton! Episod baharu setiap Isnin dan Selasa, jam 10 malam, serentak dengan tayangan di Korea, bermula 21 Julai. Inilah peluang anda untuk melihat aksi barisan pelakon tersohor menghidupkan dunia yang dilatari misteri, luka dan keinsafan yang pasti membuat anda terpaku setiap minggu!

Jangan ketinggalan juga penutup kisah penuh debaran dari Korea yang sedang hangat diperkatakan, ‘S LINE,’ dengan dua episod terakhir yang akan disiarkan Jumaat ini, 25 Julai, jam 10 pagi, hanya di Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 7 Feb 2025

“Tak Sangka Dia Nak Sondol Suami Saya!” – Selebriti Muslimah Berstatus Janda Didakwa Ganggu Rumah Tangga Orang

Seorang wanita tampil mendakwa suaminya diganggu selebriti berpenampilan muslimah berstatus janda.

Drama Sun, 21 Jun 2026

Berimej Alim Tapi Aniaya Anak, Watak Lan Siro Dalam Drama Neraka Yang Terhijab Cetus Kemarahan Penonton

Watak Abi yang dibawakan Lan Siro dalam siri Tonton Originals, Neraka Yang Terhijab, menjadi antara topik hangat dalam kalangan penonton sejak drama itu mula ditayangkan pada 4 Jun lalu.

Hiburan Wed, 21 Mar 2018

Jihan Muse Sembunyi Anak?

Rata-rata peminat beliau mengucapkan tahniah dan berdoa agar pasangan ini berbahagia sehingga ke anak cucu. Selain ucapan tahniah dan komen berkenaan caption tersebut, Jihan nampaknya tidak terlepas dari diajukan soalan berkenaan wajah anak beliau

Featured Tue, 14 Feb 2023

Konsert Blue Berlangsung 75 Minit Buat 2,900 Peminat Tidak Puas Berhibur!

Tengah sedap-sedap layan, eh habis.. Best sangat ni

Featured Wed, 4 Jan 2023
Hiburan Sat, 20 Sep 2025
Featured Mon, 6 Jan 2025
Cahaya Mata Tue, 17 Jan 2023
Featured Tue, 13 Jan 2026

20 Tahun Hidap Sinus, Mira Filzah Rasa Terganggu… Mimi Lana Kongsi Tips!

Mira mengakui masih sukar memahami keadaan sinus yang sering menyerangnya secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda awal.

Trending Wed, 23 Jun 2021

Selepas 9 Tahun, Siti Sarah Kembali Bergabung Dengan Shuib

Selepas sembilan tahun tidak tampil dengan lagu duet bersama, penyanyi Siti Sarah dan suaminya, pelawak dan usahawan Shuib kembali bergabung dan berpadu suara dalam sebuah karya baharu berjudul Semakin Benci Semakin Cinta (SBSC). SBSC yang […]

error: Content is protected !!