Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 24, 2025 @ 6:04pm

Tiada Di Tempat Kejadian, Ella Tak Melatah Nama Kena Petik Insiden Melibatkan Shila Amzah – “Hubungan Kami Baik, Malam Itu Berjumpa & Berpelukan”

Penyanyi tersohor, Ella, mengambil pendekatan tenang apabila namanya turut dikaitkan dalam isu melibatkan seorang penghibur legenda yang didakwa menyerang Shila Amzah semasa sesi latihan sebuah konsert , awal bulan ini.

Menurut Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 59, dia tidak berada di lokasi ketika insiden berlaku dan pelantun lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah itu hanya mengetahui perkara itu selepas dimaklumkan oleh beberapa individu.

“Ketika saya dengar khabar mengenai insiden itu, saya tak terkejut pun tetapi apabila asyik mengaitkan dengan saya, saya sebenarnya tiada di tempat tersebut.

“Sejujurnya, saya tiada kena mengena dengan kes itu, itu apa yang saya tahu. Saya tenang sahaja tapi dalam masa sama tertanya-tanya juga apa terjadi,” katanya.

Ella berkongsi perkara itu ketika ditemui pada malam Rabu dalam majlis pelancaran Galeri Rockqueen yang berlangsung di Denai Alam, Selangor, malam tadi.

Mengulas lanjut, Ella menjelaskan hubungannya dengan Shila tidak bermasalah malah mereka sempat berinteraksi secara mesra pada malam konsert berlangsung.

“Malam konsert itu saya jumpa Shila okay sahaja, kami berpelukan sebab saya dan dia memang berkawan baik,” ujarnya lagi.

Terdahulu, pada 10 Julai, Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 35, membuat laporan polis dengan mendakwa dirinya telah diserang oleh seorang artis legenda.

Rentetan daripada laporan itu, warganet mula berspekulasi dan menamakan tiga ikon muzik iaitu Datuk Awie, Datuk Amy Search dan Ella, memandangkan ketiga-tiga mereka turut terlibat dalam konsert tersebut.

Namun begitu, Shila kemudian mengesahkan bahawa individu yang dimaksudkan ialah Amy, yang juga bapa kepada pelakon Nabila Huda.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 25 Aug 2025
Featured Tue, 14 Sep 2021
Featured Thu, 12 Jan 2023
Events Sun, 7 Apr 2019

《娘惹相思格》夺「DFKL 2019」最受欢迎中文电视剧

《娘惹相思格》气势逼人!以大热门姿态打败其他5部入围作品,夺「吉隆坡电视剧节」最受欢迎中文电视剧。

Selebriti Sat, 16 Sep 2023
Hiburan Fri, 30 Sep 2022

UTP & DFP Raih Konsert Junjung Tradisi – A Night with UTP Stars

Demi memberi inspirasi kepada penghayatan seni, budaya dan warisan Malaysia dalam kalangan generasi muda, Dewan Filharmonik Petronas (DFP) tampil dengan kerjasama Universiti Teknologi Petronas (UTP) mempersembahkan konsert bertajuk Junjung Tradisi – A Night with UTP […]

error: Content is protected !!