Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 25, 2025 @ 12:28pm

“Tak Sanggup Tengok Abang Ulang-Alik…” – Ajak Shiro Hadiahkan Restoran Kedua Buat Ebby Yus

Pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro, sekali lagi membuktikan erti sebenar sahabat sejati apabila menghadiahkan sebuah lagi cawangan restoran miliknya kepada pelakon veteran, Ebby Yus.

Menerusi perkongsian video di TikTok, Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanafi Razak dilihat menziarahi Ebby di kediamannya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Menurut Ajak, keputusan menyerahkan cawangan baharu restoran itu dibuat atas faktor lokasi yang dekat dengan rumah Ebby selain menghargai sokongan berterusan daripada figura senior itu.

“Hari ini saya buat kejutan lagi untuk Abang Ebby. Dia selalu datang ke restoran, rajin layan pelanggan dan selalu bagi semangat. Saya kesian tengok dia ulang-alik, jadi kali ini saya nak mudahkan. Kedai ini dekat dengan rumah dia, tak perlu penat lagi,” katanya.

Menerusi video sama, Ajak turut menyerahkan dokumen kontrak kepada Ebby sebagai tanda persetujuan penyerahan hak menguruskan cawangan berkenaan.

Dalam nada sebak, Ajak turut menyatakan rasa syukurnya kerana berpeluang membuka satu lagi cawangan dan berharap Ebby akan terus mendoakan kejayaan mereka bersama.

“Alhamdulillah, saya dapat buka satu lagi cawangan dan kali ini khas untuk abang. Terima kasih sebab selalu ada, sentiasa mendoakan dan menyokong saya dari belakang. Saya yakin rezeki ini hadir sebab doa abang,” katanya lagi.

Sebak menerima kejutan tak disangka itu, Ebby atau nama sebenarnya Mohd Fahmi Ibrahim, meluahkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada Ajak atas keprihatinannya.

“Aku tak tahu nak cakap macam mana… terima kasih banyak, Ajak. Aku doakan kau dan team sentiasa murah rezeki. Kau layak dapat lebih kerana selalu berkongsi rezeki dengan orang lain,” katanya.

@ajakshiro_

Datang minta restu Abg☺️ . Terima kasih Abg Ebby selalu jadi tulang belakang saya..Saya rasa semua ni asbab doa Abg..Terima kasih sebab selalu mendoakan.. . Cawangan Kg Baru ni cawangan ke 2 untuk Abg Ebby..Harap Abg gembira dan teris doakan kejayaan kita sama2..Untuk korang semua terima kasih sebab menyokong jenama kasih sayang Bumbu Babah.. . Jumaat esok kita mula operasi..Jumpa dekat Bumbu Babah Kg Baru Jon Raja Abdullah🤝 . @bumbubabah_hq @Ebby Yus Rashid . #kgbaru #bumbubabah #nasipadang

♬ original sound – Ajak Shiro – Ajak Shiro

Terdahulu, Ajak pernah menghadiahkan sebuah cawangan restoran miliknya di Pasar Seni kepada Ebby, sebagai usaha membantu aktor berkenaan yang ketika itu berdepan masalah kesihatan.

Untuk rekod, Ebby dilaporkan menghidap masalah buah pinggang dan jantung, dan pernah menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Oktober tahun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 16 Jul 2018

80岁阿嬷开20年「神车」远征1.2万公里

虽说「老三宝」上路总让人心惊胆跳,但对于这位南非的80岁阿嬷Julia Albu可就不是这么一回事了……

Hiburan Wed, 12 Dec 2018

#AnggunLife : Jadi Duta Pelbagai Jenama, Amyra Rosli Makin Selesa

Alhamdulillah…rezeki Amyra mencurah-curah sejak kehadiran si comel, Aqeef Anaqi.

Events Wed, 26 Feb 2025

Drama Meruntun Jiwa! Pertarungan Ummi Nazeera Tuntut Kebahagiaan

Drama 15 episod ini pastinya akan memberi kesan dihati penonton.

Hiburan Sun, 26 Nov 2023

Enggan Konflik Berlarutan, Nourul Depp Memilih Untuk Diam – “Saya Tidak Mahu Komen Apa-Apa”

Harap masalah dalaman kelurga Nourul dapat ditangani dengan baik-baik saja✨

Events Mon, 15 Apr 2019
Trending Wed, 1 Jul 2020

Laudya Cynthia Bella Dan Engku Emran Akhirnya Berpisah

Kasihku sampai di sini kisah kita, jangan tangisi keadannya..

Featured Tue, 7 Mar 2023
Hiburan Sun, 3 Mar 2024
error: Content is protected !!