Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 29, 2025 @ 4:54pm

[VIDEO] Ditegur Minta Ambil PA Wanita Demi Jaga Batas, Cik B Tampil Bersuara!

Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Cik B, tampil memberi penjelasan selepas menerima teguran segelintir netizen berhubung pembantu peribadi (PA) yang dilihat membantunya turun dari kenderaan.

Sebuah video tular di TikTok memaparkan PA lelakinya memegang tongkat sambil membantu Cik B keluar dari kereta, sekali gus mengundang komen netizen yang menasihatinya agar menggunakan khidmat PA wanita demi menjaga batas mahram.

Tidak berdiam diri, Cik B atau nama lengkapnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 20, menjelaskan dia mempunyai pembantu peribadi wanita yang telah lama berkhidmat dengannya, namun tidak kerap muncul dalam video mahupun di media sosial.

“Cik B memang dah lama ada PA sendiri. Kakak PA ni memang selalu ikut ke mana sahaja Cik B pergi, cuma dia tak selalu muncul depan kamera sebab banyak uruskan hal kerja di belakang tabir. Malah, staf lain pun ramai yang bantu secara off-camera,” katanya di kapsyen.

Mengulas lanjut mengenai tindakan staf lelaki membantu ketika dia tiba di rumah, Cik B menjelaskan ia bukan kerana tiada staf wanita, sebaliknya kerana tugas tersebut memerlukan tenaga fizikal.

@salmonskincikb

Replying to @Azlina61 kakak cik b memang lama dah ada PA sendiri ye Ni Cik B tunjuk lagi PA Cik B sebab dalam video semlam tu tak nampak kakak PA ni kan Kakak PA ni selalu akan kemana mana dengan Cik B tapi jarang kelihatan di video video CikB sebab kakak PA ni selalu kerja belakang tabir Ramai lagi staf cik b di belakng tabir #staf #baik #bodyguard #driver #pa #alhamdulillah #ramai #orangbaik #hadir

♬ original sound – SALMON SKIN SALTED EGG CIK B – SALMON SKIN SALTED EGG CIK B

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 3 Mar 2019

Hazama Terkejut Dapat Watak ‘Aneh’ Dalam Filem Tiada Tajuk

Pada awalnya memang sukar tetapi Mawi sebagai pengarah, dia banyak membantu.

Hiburan Mon, 22 Jan 2018

Inul Daratista Tinggalkan Dunia Hiburan Demi Keluarga

Goyang Inul menjadi siulan di bibir anak muda dimana tarian yang mengasyikkan tetapi ..

Featured Fri, 30 May 2025

Tomok Muncul Dengan ‘Larut’, Single Terbaharu Sarat Jiwa & Simbol Kematangan

proses penciptaan lagu ini melibatkan ‘pembedahan kreatif’ menyeluruh.

Hiburan Tue, 3 Apr 2018

Rebut Peluang, Hefny Sahad Mahu Asah Bakat Lagi

Bagi pengacara Muzik-muzik 33 ini, Hefny mengakui walaupun jadualnya padat dengan penggambaran drama dan pengacaraan, namun beliau mahu menunjukkan keyakinan pihak penerbit terhadapt bakat yang dimilikinya

Trending Tue, 5 Jan 2021

“Tak Boleh Salahkan Sesiapa…” – Anak & Bekas Isteri Fizo Omar Positif COVID-19

Sayunya tengok air muka Mawar & Maryam..Semoga terus tabah????

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

Calum Scott Sways the Crowd Away with 3 Heart Melting Hit Songs

It was the man with a voice of an angel’s first visit to Malaysia!

error: Content is protected !!