Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 31, 2025 @ 3:22pm

“Isteri Dah Cantik Pun Suami Tetap Cari Lain” – Netizen Terhibur Umisya Mazlan ‘Sekolahkan’ Aslam

Pasangan pempengaruh, Aslam dan Umisya Mazlan sekali lagi mencuri perhatian apabila gelagat mereka ketika bersiaran langsung di TikTok menjadi bualan hangat warganet.

Menerusi siaran langsung tersebut, Umisya dan Aslan dilihat berbalas pandangan mengenai penampilan seorang isteri untuk kelihatan cantik.

Menurut Umisya, tiada salahnya jika seorang isteri mahu tampil cantik demi menjaga hati dan mata suaminya.

“Tampil cantik ni pun untuk suami. Lagi pun orang luar akan puji, ‘pandainya suami jaga isteri’,” katanya.

Namun begitu, Aslam tidak bersetuju dan menegaskan isteri tidak perlu berhias untuk tatapan orang ramai, cukuplah jika cantik di mata suami.

Tapi apa yang membuatkan netizen terhibur ialah ‘serangan balas’ Umisya yang cukup win.

“Isteri dah cantik pun ada juga suami yang cari lain, apatah lagi kalau selekeh. Jadi, jangan jadikan rupa sebagai alasan,” katanya.

Aslam yang cuba bertahan dengan pendiriannya turut mengaitkan drama Dia Bukan Syurga, sebagai contoh lelaki yang tidak suka isterinya berhias di depan umum.

Susulan itu, Umisya pantas mencelah dan membuat satu kenyataan yang membuatkan Aslam terus terdiam mendengar jawapan isterinya itu.

“Kalau lelaki tu memang nak pasang lain, isteri mekap ke tak mekap, tetap dia akan cari juga. Tak ada kena-mengena dengan penampilan pun.

“Dah bernanah telinga ke dengar ni?,” selorohnya.

@mesyalove0

Bertubi-tubi dia kena — #umisyamazlan #umisya #umisyaaslam #aslam #aslambul #misya #misyamazlan #misyaslam #slamica #fanpage #fanaccount #fyp #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #berandatiktok #berandafypシ

♬ Comedy Scenes – Comical, stupid, odd, lovely (Drumless)(1441321) – Ponetto

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 11 Oct 2022

Rizky Billar Cerai Talak Satu, Dakwa Lesti Kejora Bukan Isteri Yang Baik

Kisah keganasan rumah tangga membabitkan selebriti popular Indonesia, Lesti Kejora dan Rizky Billar nampaknya masih mendapat perhatian ramai pihak. Peguam Rizky, Adek Erfil Manurung berkata, Rizky dikatakan pernah melafazkan talak satu kepada Lesti ketika mereka […]

Contest Mon, 20 Jan 2020

xtra好康头 | 送你《温拿L.O.V.E云顶演唱会》入门票

回忆杀!温拿五虎2月再合体,xtra好康头将送你演唱会入门票,让你重温首首经典好歌。

Featured Mon, 29 May 2023

Babak ‘Panas’ Zul Ariffin Dalam Drama Perempuan Itu Buka Mata Mimi Lana Belajar Ilmu Agama

Terbaik lah Mimi, persediaan untuk berumah tangga InsyaAllah.

Events Thu, 20 Feb 2020

[VIDEO] Alvin Chong ‘Simpan Rahsia’ Emma Maembong Bakal Berkahwin?

Wah, bagus jugak rupanya Alvin jadi penyimpan rahsia eh!

Hiburan Fri, 1 Mar 2019

这个周末约定你!倪安东《Anthology Vol.I》第二波宣传

倪安东携新作《Anthology Vol.I》3月2日及3日一连两天,来马进行第二波宣传!

Featured Tue, 9 Nov 2021
Trending Mon, 3 Feb 2020

Sajat Mengaku LELAKI Ketika Daftar Umrah?

Haih! Macam-macam hal lah

Featured Thu, 2 Sep 2021
error: Content is protected !!