Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 3, 2025 @ 4:46pm

Nama Tak Sangkut Pencalonan Anugerah Kategori Penyanyi & Vokal, Aina Abdul Terima Dengan Hati Terbuka.. Beri Sokongan Kepada Ernie Zakri

Penyanyi berbakat, Aina Abdul, 32, tidak kecewa apabila namanya tidak disenaraikan dalam pencalonan kategori Penyanyi MeleTop dan Vokal MeleTop di Anugerah MeleTop Era (AME) 2025.

Biarpun isu itu menjadi persoalan dalam kalangan peminat, pelantun lagu Sepi ini menganggap perkara tersebut berada di luar kawalannya.

Namun begitu, Aina tetap bersyukur apabila masih dicalonkan dalam satu kategori, iaitu Group/Duo MeleTop bersama penyanyi Indonesia, Fabio Asher menerusi lagu Cinta Tak Pernah Tepat Waktu.

“Itu di luar bidang kuasa dan kawalan saya. Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa. Tahun ini mungkin tiada rezeki saya, tak mengapa sebab sebelum ini anugerah itu pernah memberikan penghargaan pada saya.


”Mungkin tahun ini bukan rezeki saya dan peminat saya. Insya-Allah. Tapi saya masih tersangkut di satu kategori.

“Jadi, peminat jangan kecewa dan bersedih. Boleh undi untuk kategori itu. Kita fokus pada kategori yang saya ada,” katanya.

Memahami proses pencalonan sepenuhnya terletak pada keputusan pihak penganjur, Aina memohom agar peminat tidak perlu mempertikaikan perkara terbabit.

“Mereka juga ada hak mahu calonkan sesiapa yang mereka inginkan. Kita sokong penyanyi yang tercalon. Tak mengapa, ini bukan penghujung dunia,” katanya.

Mengulas lanjut, Aina menyokong rakan seperjuangannya, Ernie Zakri, sebagai calon pilihannya untuk memenangi kategori Vokal MeleTop tahun ini.

Dalam perkembangan lain, Aina turut menyuarakan rasa gembira apabila menerima dua pencalonan di Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025 masing-masing dalam kategori Selebriti Ikon Terhangat Dikuasai Oleh Samsung Galaxy serta Selebriti Muzik Paling Onz & Terhangat.

“Sudah tentu saya mahu peminat saya peminat sebab anugerah ini untuk peminat saya yang menyokong saya walaupun mungkin tahun ini formula saya agak lewat tapi mereka tetap setia menunggu lagu saya.


”Alhamdulillah, sebab peminat juga album saya juga sudah mencecah lapan juta ‘streaming’. Terima kasih kepada peminat saya dan harap ada rezeki mereka pada malam Ahad nanti.


”Mereka yang gigih mengundi, saya hanya jadi medium untuk mereka senaman tangan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 8 Nov 2024

Dakwa Difitnah Individu Wanita, Fazura Buat laporan Polis

Fazura bagaimanapun enggan memaklumkan secara lanjut mengenai hal tersebut.

Hiburan Sun, 3 Jun 2018

Sweet! Wawa Zainal Terima Kereta Mewah Sempena Hari Jadi

Hadiah sebab selama ni jaga saya dan tak pernah mengeluh jaga anak-anak saya… Terbaiklah Aeril, sweet habis!

Featured Sun, 3 Apr 2022

“Yasin Sulaiman Perlukan Rawatan, Bukan Hukuman…” – Wardina Safiyyah

Wardina mohon agar Yasin dibebaskan untuk mendapat rawatan segera..

Hiburan Fri, 14 Jun 2019

Dakwaan Khianat Sahabat Sendiri, Erra Fazira Tampil Mohon Maaf

Semoga dengan kenyataan ini, tiada lagi perbalahan berbangkit selepas ini.

Hiburan Thu, 19 Jul 2018

Ariana Grande – Pete Davidson Kahwin Dua Minggu Lagi?

Portal CNN Entertainment melaporkan pasangan ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Hiburan Wed, 28 Jun 2023
Hiburan Wed, 24 Apr 2019

“We’ll Be Ready…” – BTS Members Share Their Sentiments on Joining the Military

It’s inevitable for all South Korean men but these boys are absolutely ready for it.

Hiburan Sun, 28 Oct 2018

Kenapa Tiara Menangis Sewaktu Didukung Oleh Erra Fazira?

Kenapa Tiara menangis sewaktu didukung oleh Erra Fazira?

error: Content is protected !!