Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 4, 2025 @ 4:15pm

Cakra Khan Hadiahkan Persembahan Penuh Emosi Dalam Konsert Divine

Sebuah malam penuh magis, emosi dan muzik berkualiti tinggi! Itulah yang dapat digambarkan menerusi Konsert Divine: Cakra Khan, yang berlangsung penuh gemilang di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Sabtu lalu.

Dihadiri lebih 2,500 penonton setia, konsert berdurasi tiga jam itu menyaksikan Cakra Khan mempersembahkan lebih 20 buah lagu, lengkap dengan vokal serak basah ikoniknya yang menjadi kegilaan ramai.

Lebih istimewa, pentas turut diserikan dengan penampilan artis jemputan seperti Marsha Milan, Ade Govinda, Titi DJ, dan Faizal Lubis sekali gus menyemarakkan suasana dengan kolaborasi dan momen tidak terduga.

Namun, detik paling menyentuh hati penonton hadir apabila Cakra membuka sisi peribadinya dengan mengimbau memori bersama Allahyarham bapanya, Hermena, yang menjadi tunjang utama perjalanan seninya.

“Lagu ini saya dedikasikan untuk arwah bapa saya. Walaupun ramai yang bantu saya dalam industri, pasukan, label, dan peminat tetapi beliau adalah orang pertama yang melihat potensi saya sebagai penyanyi.

“Kami pernah menunggang motosikal di kampung, mencari majlis kahwin semata-mata untuk saya menyanyi… walaupun tiada kad jemputan.

“Konsert pertama saya di tempat ini, beliau tak sempat hadir. Tapi setiap langkah saya hingga ke hari ini, saya lakukan untuknya,” katanya.

@xtra_my

Malam ni, Cakra dan Trio XL bagi suara untuk rindu yang dah lama diam iaitu lagu rindu tak bersuara ✨🎵 #xtramy #xtratonton #cakrakhan #trioxl

♬ original sound – XTRA – XTRA

Momen penuh sebak itu disusuli dengan persembahan ‘Rindu Tak Bersuara’ disampaikan bersama kumpulan TrioXL, yang juga bekas peserta program Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), menjadikan suasana di dewan bertukar syahdu.

Tidak hanya bermain dengan emosi, Cakra turut memikat hati penonton dengan kejutan menyampaikan lagu ikonik Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, ‘Bunyi Gitar’, sebagai tanda penghormatan terhadap legenda muzik tanah air.

Menambah kehangatan malam, Marsha Milan, pemenang AJL-39, tampil memukau dengan dua buah lagu iaitu Seluruh Cinta dan Hening Rindu, manakala Ade Govinda turut tidak menghampakan dengan rangkaian lagu hits seperti Masing-Masing, Hal Hebat dan Kamu Adalah.

Pada penghujung konsertnya itu, Cakra turut memaklumkan dia bakal berehat selepas tiga tahun berturut-turut melakukan konsert solo di Kuala Lumpur bagi meneroka karya-karya muzik lebih segar.

Malam penuh emosi itu diakhiri dengan lagu ‘I Will Always Love You’ nyanyian asal Whitney Houston, sebagai tanda kasih buat peminat yang tidak pernah berhenti menyokong.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 9 Dec 2019

Khai Bahar Mengakui Tak Sanggup…

Biarpun kemunculannya dalam drama bersiri, Satukah Rasa bersama penyanyi Siti Nordiana mendapat pujian peminat, Khai Bahar, mengakui tidak sanggup melihat lakonannya sendiri. Katanya, bukan tidak percaya bakat dan kemampuan yang dimiliki, namun dia menganggap penampilan […]

Featured Wed, 14 Dec 2022
Featured Fri, 9 Dec 2022

“Kenapa Allah Hadirkan Kekecewaan?” – Ini Penjelasan Makan Dalam Iddin Ramli

Penulis buku dan juga pempengaruh, Iddin Ramli yang sering tular dengan ‘content’ nasihat berunsur dakwah menjawab pertanyaan peminat berkenaan kekecewaan dalam kehidupan. @iddinramliiJemput datang pesta buku antarabangsa selangor di MBSA, Shah Alam. Sehingga Ahad 11 […]

Featured Thu, 4 Sep 2025

“Kita Minta Allah Lindung Tapi Hanya Syaitan Akan Sakit Hati” – Fazura

Faz tampil menjelaskan sekali lagi bahawa apa yang berlaku petunjuk dari Allah.

Featured Tue, 14 Sep 2021

Kerajaan Selangor Benarkan Majlis Akad Nikah Mulai Esok

Kerajaan Selangor bersetuju membenarkan pelaksanaan majlis akad nikah bertempat di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Pejabat Agama Islam Daerah dan masjid mulai esok. Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi JAIS, majlis itu boleh dilangsungkan setiap […]

Hiburan Thu, 7 May 2026

“RM1,300 Saja… Minta RM3,000 Tak Dapat Pun” – Fatin Afeefa Minta Netizen Berhenti Bergaduh Isu Nafkah Anak

Fatin Afeefa memberi pesanan kepada netizen untuk berhenti berbalah berhubung isu nafkah anak perempuannya, Ivy Hera Sophia. 

Hiburan Wed, 12 Feb 2025

Undian Media Sosial Meledak! Aina Abdul Pilihan 30,000 Peminat Untuk Juara AJL39!

Mampukah Aina Abdul terus memegang takhta Juara AJL39? Nantikan 16 Februari ini!

error: Content is protected !!