Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 12, 2025 @ 3:20pm

Safwan Nazri Kongsi Pengalaman Mistik Selepas Penggambaran Podcast – “Saya Pernah Nak Campak Anak Sendiri”

Pelakon dan pengacara, Safwan Nazri terbuka berkongsi pengalaman mistiknya sepanjang menjadi hos podcast ‘Sembang Seram’.

Menerusi perkongsian di TikTok,  Safwan atau nama penuhnya, Muhammad Safwan Mohammad Nazri, 30, berkata, setiap kali dia selesai mengadakan sesi podcast dengan tetamu jemputannya adalah seorang wanita, dia akan mengambil inisiatif untuk singgah dan menghabiskan masa di masjid sebelum pulang ke rumah.

Ini kerana, menjalani penggambaran bersama tetamu wanita kadangkala sedikit menyeramkan.

“Kadang-kadang bila balik podcast, mana episod podcast yang aku rasa vibe dia tak cantiik (menyeramkan) selalunya episod perempuan lah, episod lelaki selalu tak seram, aku balik aku lepak masjid dan bila aku balik rumah ada few episod yang anak aku menangis teruk.

“Jadi ini dugaan untuk aku sebagai hos Sembang Seram. Meskipun nampak indah belaka, views banyak tapi ujian ni aku seorang yang hadap.

“Kadang-kadang aku stop lama, dan kadang juga aku buat episod sekali banyak lepastu aku stop, rileks kejap.

“Dan, ada satu time tu benda ni memang bagi kesan dekat aku. Masa tu anak aku dua-dua menangis teruk seteruknya. Setiap  malam.

“Dan tiba-tiba kawan kakak aku DM dia, tanya aku okay ke atau tak. Bila tak puas hati aku call balik abang tu tanya kenapa tiba-tiba sahaja tanya aku okay ke tak? dia  (kawan kakak) bagitahu saja tanya. Jadi, saya pun bagitahu yang saya rasa macam lain.

“Rupanya, kakak aku cerita abang tu adalah seorang pengamal perubatan,” katanya.

Hampir campak anak sendiri

Berkongsi lanjut, Safwan memaklumkan bahawa selepas dia menceritakan kejadian aneh yang pernah dialaminya, individu berkenaan menyarankan agar dia menjalani rawatan cara Islam di kediamannya sendiri.

“Jadi abang tu boleh rasa dan minta aku beli garam kasar untuk berubat.

“Selepas maghrib aku mandi, anak aku mandi, yang sebelum ni mereka nangis teruk terus tak menangis dah. Malam tu terus tidur nyenyak.

“Pernah dalam episod lain pula, aku mimpi aku pegang anak aku, anak aku tiba-tiba muka bukan anak aku. Muka hitam yang mengerikan, yang rasa betul-betul aku nak campak anak tu.

“Tapi bila saya nak campak bayi tu jatuh bawah, saya tersedar. Bayangkan kalau terlayan mimpi tu, saya campak anak saya sendiri jatuh bawah. Sebab mimpi tu real, lillahitaala,” jelasnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 23 Apr 2022

JPN Sedia Bantu Isu Anak Halim Othman Berbinti ‘Abdullah’

Alhamdulillah.. Myra bersyukur namun tidak mahu emosi orang sekeliling terganggu..

Featured Wed, 4 Jan 2023

Syafiqah Aina Hadiahkan Hafiz Mahamad Ferrari, Mahu Kereta Beri Manfaat Kepada Orang Ramai – “New Year & This Is For You!”

Pada permulaan tahun baru, usahawan kecantikan dan pempengaruh, Syafiqah Aina menghadiahkan suami tercintanya, Hafiz Mahamad sebuah kereta Ferrari berwarna merah. Menerusi perkongsian tersebut, Aina menyerahkan kunci serta merakam reaksi suaminya ketika mendapat kejutan dan hadiah […]

Featured Wed, 30 Apr 2025

Hael Husaini Kini Bahagia, Bakal Tamat Zaman Bujang Dalam Masa Terdekat

Hel menyerahkan soal jodoh kepada yang maha Esa.

Trending Mon, 17 Aug 2020
Hiburan Fri, 13 Dec 2019

黄明志《4896 Final Call》吉隆坡站演唱会取消!

因合作无法达成共识,星艺娱乐宣告《黄明志<4896–Final Call>世界巡回演唱会》吉隆坡站取消!

Hiburan Fri, 3 Jan 2020

Jakarta Banjir, Ruben Onsu Tutup 30 Cawangan Restoran

Selebriti terkenal ini memiliki banyak cawangan restoran Geprek Bensu bukan sahaja di Indonesia malah di Hong Kong, Taiwan dan Amsterdam.

Hiburan Tue, 12 Feb 2019

Uqasha Senrose Akui Lebih Tenang Lepas Tunai Umrah

Alhamdulillah… Uqasha juga merancang untuk kembali ke Tanah Suci sebelum bulan Ramadhan nanti. Semoga dipermudahkan urusan Uqasha & keluarga.

Hiburan Sat, 7 Apr 2018

Bertarung Nyawa Di ICU, Azrul Mohon Doakan Anaknya Kembali Sembuh!

Buat masa ini, doktor masih menunggu keputusan ujian bagi menentukan jenis antibiotik yang sesuai untuk rawatan pencegahan.

Hiburan Mon, 6 Jan 2025
error: Content is protected !!