Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 7, 2025 @ 8:00pm

Wany Hasrita Nasihat Jangan Sibuk Perihal Dalam Kain Orang – “Fokus Perbaiki Diri, Saya Pun Tengah Cuba Ni”

Penyanyi, Wany Hasrita tampil memberi nasihat kepada warganet untuk tidak terlalu menjaga tepi kain orang.

Menerusi perkongsian di Threads miliknya, Wany atau pemilik nama sebenar, Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 33, sebaliknya meminta orang ramai untuk memberi tumpuan kepada diri sendiri agar menjadi versi lebih baik.

“Cubalah, untuk sekali saja kita tak sibuk tentang perihal dalam kain orang. Kita cuba sibuk uruskan kehidupan kita saja fokus untuk perbaiki diri kita,” katanya.

Pelantun lagu Menahan Rindu itu turut berkata dia sedang berusaha dan mencuba untuk tidak mengambil tahu tentang perihal individu lain.

“Cuba okay. Saya pun tgh cuba ni,” tulisnya.


Dalam pada itu, ibu anak satu ini juga menjelaskan kenyataannya itu merujuk kepada isu hangat berkait dalam kalangan selebriti berhubung masalah rumah tangga.

Namun, dia menyarankan netizen untuk lebih mengambil tahu tentang isu semasa mebabitkan masalah buli dan sebagainya.

“Bergantunglah pada situasi, kalau benda-benda melibatkan isu kemanusiaan buli dan sebagainya iya. Untuk hal rumahtangga gosip takyah la. Read between the line,” katanya membalas komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 24 May 2023
Trending Thu, 14 Feb 2019

Suhaimi Saad is Now an Astronomer?!

Maybe we should stick to the facts…?

Featured Sun, 2 Apr 2023

“Dia Tak Jaga Pun Anak Tapi Nafkah Masih Beriya Minta Tinggi” – Sam Bunkface

Makin banyak pula kes rumah tangga dalam kalangan selebriti…

Hiburan Sun, 7 Jul 2019

‘Kalau Boleh Anak Perempuan Kali Ini’- Saharul Ridzuan

Insha Allah rezeki Tuhan tak kemana.

Featured Mon, 4 Apr 2022

“Bertujuan Beri Teguran Kepada..” – Iqram Dinzly Respons Isu Video Sarung Baju Dalam Wanita Sambil Selawat 

Oh ini rupanya maksud video viral tu, tetapi sampai ke kepada ‘golongan’ tersebut?

Featured Fri, 16 Jan 2026

“Kami Tak Dapat Nak Ubah Size & Wajah Kami” – ‘Stuck’ Dicop Pelakon Kanak-Kanak, Sweet Qismina Simpati Nasib Mia Sara

Kata Sweet, industri hiburan seharusnya lebih terbuka untuk memberi peluang dan menerima pelakon-pelakon yang dicop cilik ini untuk melakonkan pelbagai watak.

error: Content is protected !!