Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 8, 2025 @ 2:36pm

Fathia Latiff Sedar Wajah Dikrtitik ‘Tak Cantik’ – “Saya Tak Dilahirkan Untuk Kekal Sama”

Pelakon Fathia Latiff mengaku, dia sedar dengan perubahan pada wajahnya namun itu bukanlah lesen untuk warganet mengutuk dan mengkritik penampilannya.

Kata Fathia atau nama lengkapnya, Nur Fathia Abdul Latiff, 38, meskipun penampilannya kini telah berubah, dia terkilan dengan sikap segelintir individu yang gemar menjatuhkan hukuman tanpa mengetahui apa yang pernah dilaluinya.

“Saya tahu penampilan saya telah berubah. Saya tidak sama seperti dulu.

“Dan saya telah mendengar pelbagai komen, kritikan daripada orang yang tidak tahu apa-apa tentang apa yang telah saya lalui.

“Tetapi saya tidak dilahirkan untuk kekal sama. Kita semua berubah begitu juga saya,” katanya.

Fathia berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di platform Thread miliknya.

Jelasnya, kecantikan sebenar seseorang bukanlah terletak pada rupa paras yang cantik sahaja sebaliknya pada kekuatan untuk terus bertahan meskipun ramai yang cuba menjatuhkannya.

“Kecantikan bukan pada wajah yang pernah saya miliki. Ia adalah cara saya bertahan, cara saya terus berjalan apabila dunia cuba untuk menghancurkan saya.

“Walaupun saya tidak lagi ‘cantik’ di mata mereka, saya tetap saya. Dan itu sudah cukup,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 25 Jul 2018

Tidak Mahu Ulang Kesilapan, Maya Karin Makin Memilih

Walaupun namanya agak tidak menonjol beberapa tahun ini namun, pelakon cantik ini mengakui dirinya kini semakin memilih sebelum menerima mana-mana tawaran lakonan walaupun bayarannya cukup lumayan.

Events Mon, 2 Dec 2019

长得「好笑」会走好运?八度空间微笑大使邀你同欢笑

首要媒体2020鼠年新春活动开跑!微笑大使自嘲长得「好笑」获选,势要大众一起笑迎新春佳节!

Hiburan Wed, 13 May 2026

Ulasan Konsert: Bukan Pada Nada, Fauziah Latiff Membuktikan ‘Kemenangan’ Sebenar Apabila Kekal Dicintai Pendengar

Mungkin nada suara berubah seiring dengan waktu. Mungkin zaman juga sudah berbeza. Tetapi aura, keikhlasan, keramahan dan jiwa seorang Fauziah Latiff tetap sukar digantikan.

Hiburan Sun, 30 Sep 2018

Hamil Anak Keempat, Nourul Wahab Mengidam Kuih Tradisional

Dalam perkembangan lain, Nourul bakal terbang ke Paris November depan bagi urusan pengedaran album berbahasa Perancisnya, Humaine. Good Luck Kak Nourul!

Hiburan Tue, 17 Dec 2024

[VIDEO] Anak Bongsu Lahir Pra Matang, Shuib Luah Rasa Syukur Tangan Kanan Ayash Dah Semakin Berfungsi – “Dulu Doktor Kata Dia Tak Bernafas Lapan Saat”

Ayash Affan tak bernafas lapan saat, Shuib kongsi perkembangan tangan kanan anak yang sebelum ini kurang berfungsi

Hiburan Thu, 2 May 2024
Events Sun, 2 Jun 2019

玛俐亚连开黄腔歌迷笑喷泪!安心偷吃二度被摆上台

大马常客「肥妈」玛俐亚来马演出,携手好友黎耀祥、李丽霞和阮兆祥登云顶云星剧场舞台,大抛笑弹,演唱多首经典歌曲,几乎每一首都是回忆杀!

Trending Thu, 1 Aug 2019

Ditipu Wang Simpanan RM123,500 Oleh …

Pesara Wanita Ditipu Wang Simpanan RM123,500 Oleh ‘Pegawai Bank Negara’

error: Content is protected !!