Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 8, 2025 @ 11:49am

Pergelangan Tangan Teruk Melecur Kena Minyak Panas, Watie Hanifiah Panik Dengar Raungan Thalita

Pempengaruh dan isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah, berkongsi detik cemas apabila anak perempuan tirinya, Dzahira Thalita Zahra Shahmira atau Thalita, melecur akibat terkena minyak panas ketika membantunya memasak.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Watie memuat naik beberapa foto memaparkan kesan melecur di bahagian pipi, mata dan pergelangan tangan Thalita.

Menurut Watie, dia jarang membenarkan anak-anak tirinya membantu di dapur kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku.

“Kejadian malam tadi, anak-anak mummy (panggilan Watie) semuanya rajin ke dapur. Semua suka memasak, nak cuba resipi itu ini.

“Tetapi sebab inilah mummy jarang nak bagi anak-anak tolong masak. Paling pun suruh tolong basuh pinggan saja.

“Dengar Thalita meraung pun mummy jadi panik, menggeletar sekali tak tahu nak buat apa dulu,” katanya.

Mengulas lanjut, Watie berkata reaksi Thalita ketika menahan sakit membuatkan dia teringat kepada dirinya sendiri yang sering bermuhasabah apabila diuji.

“Dalam pada dia meraung, menangis tu mulut tak henti-henti tanya Thalita ada buat dosa dengan mummy ke? Dengan daddy ke? Thalita ni anak baikkan mummy..

“Kenapa Allah bagi Thalita rasa sakit ini mummy, Thalita ada sakitkan hati sesiapa ke mummy. Bila dengar dia cakap macam tu, mummy rasa bab ni sebiji macam perangai mummy,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat buat Thalita dan berkongsi tip merawat kesan melecur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 Jun 2022

#SeoulSaranghae: Tak Sangka! Rupa-Rupanya G-Dragon & Lee Soo Hyuk ‘Bestfriend’ Walaupun…

Siapa sangka ahli kumpulan Big Bang, G-Dragon dan pelakon siri drama Tomorrow, Lee Soo Hyuk merupakan teman rapat sejak dahulu lagi. Walaupun ramai peminat kedua-dua selebriti popular ini terkejut, namun mereka begitu teruja melihat hubungan […]

Hiburan Tue, 19 Nov 2024

Gara-Gara Anak Disamakan Dengan Binatang, Syifa Melvin Akhirnya Buat Laporan Polis

Syifa juga akan ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan selanjutnya.

Hiburan Wed, 21 Feb 2024
Hiburan Sun, 1 Jul 2018

One FM William辛伟廉终于「搵到佢」Adrian李文杰

One FM DJ William辛伟廉日前通过《Happy Hour》节目中宣布Adrian李文杰即将加入One FM成为他的节目新拍档!

Trending Mon, 6 Jul 2020
Hiburan Wed, 24 Jun 2026

Sein Qudsi Tak Halang Influencer Jadi Aktor, Nasihat Dalami Ilmu Lakonan – “Jangan Harap Populariti Semata-Mata”

Sein yang juga aktif mengarah melihat kemunculan ramai pempengaruh dalam industri lakonan sebagai satu perkembangan yang sihat.

error: Content is protected !!