Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 8, 2025 @ 3:20pm

[VIDEO] “Bukan Suami Orang Sudah Cukup” – Idam Lelaki Penyabar, Amira Othman Tak Pentingkan Status

Penyanyi dan pelakon, Amira Othman menegaskan status bukanlah keutamaan dalam memilih pasangan hidup, asalkan lelaki itu bukan milik orang.

Pemilik nama sebenar Nadia Amira Othman, 31, ini berkata demikian menerusi program podcast What’s Nex(t) yang disiarkan di TikTok baru-baru ini, ketika ditanya hos dan penyampai radio, Radin mengenai kriteria calon suami idamannya.

“Bagi saya, status tu tak penting sangat… asalkan dia bukan suami orang,” katanya ringkas.

Bagaimanapun, pelantun lagu Hati-Hati itu berkata, setiap individu berhak menetapkan keutamaan masing-masing dalam memilih pasangan dan tidak wajar dipertikaikan.

“Ia bergantung pada kesesuaian dan keutamaan seseorang. Ada yang rasa status itu penting, ada yang tidak. Apa pun, tiada betul atau salah dalam hal ini.

“Paling penting, kita kena faham situasi dan tahu apa yang kita sanggup hadapi. Kalau rasa boleh terima dan bersedia, teruskan saja,” jelasnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai ciri-ciri lelaki idaman, Amira secara terbuka mengakui dia mengidamkan seorang lelaki yang memiliki tahap kesabaran tinggi.

“Saya cari lelaki yang penyabar. Itu sangat penting,” ujarnya.

@aoandfa

eceh blushing banglong ekk 😆🤏🏻 #fattahamin #amiraothman #fattmira #fyp #foryou #trending #malaysia

♬ suara asli – blushing – blushing

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 12 Jun 2025
Featured Tue, 16 Dec 2025
Featured Wed, 20 Sep 2023

Handal Dalam Bidang Muzik & Masakan, Sid Murshid Tak Syok Sendiri

Power lah Sis! Semua dia boleh🙌🙌🙌

Hiburan Tue, 11 Mar 2025
Featured Wed, 24 Feb 2021

2.54 Juta Rakyat Terima Bayaran Fasa Pertama BPR Mulai Hari Ini

Alhamdulillah buat mereka yang dapat BPR!

Events Wed, 31 Oct 2018
error: Content is protected !!