Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 8, 2025 @ 1:41pm

[VIDEO] “Mental Saya Sangat Koyak, Perlu Ambil Ubat” – Shila Amzah Imbau Detik Hitam Lari Dari Rumah Demi Selamatkan Diri

Penyanyi tersohor, Shila Amzah mengakui insiden melarikan diri dari rumah pada 2013 menjadi kenangan paling pahit dan detik tergelap dalam hidupnya.

Kata Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 34, ketika itu tekanan emosi yang menghimpit membuatkan dia hampir nekad menamatkan riwayat sendiri.

“Saya pernah terfikir untuk tamatkan hidup… malah saya perlu ambil ubat. Apa yang saya lalui ketika itu sangat sukar, tak mudah.

“Kejadian itu berlaku sewaktu saya lari dari rumah untuk selamatkan diri dan insiden itu memang menggegarkan seluruh Malaysia.

“Saya pernah buat video, itu adalah titik terendah dalam kehidupan saya. Tiada siapa tahu ke mana saya pergi,” katanya.

Bagaimanapun, Shila enggan mengulas lebih lanjut mengenai tindakannya ketika itu.

Berkongsi kisah itu ketika menjadi tetamu podcast Kita-Kita Aje! bersama pengacara, Datuk Aznil Hj Nawawi, Shila mendedahkan dia tetap berhubung dengan ibu bapa meskipun menghilangkan diri.

“Sebelum cukup 24 jam, saya akan hantar mesej kepada mak dan ayah untuk beritahu saya selamat supaya mereka tak boleh klasifikasikan yang saya hilang. Saya tahu apa yang saya buat ketika itu.

“Saya minta mereka jangan cari saya…  Saya cuma mahukan ruang untuk diri sendiri. Mental saya sangat koyak ketika itu.

“Seandainya saya terus berada di rumah ketika itu, mungkin saya dah tak ada hari ini,” katanya lagi.

Dalam tempoh sendirian itu, Shila berkata dia akhirnya menemui ketenangan selepas menyerahkan segalanya kepada Allah.

“Saya rasa kesunyian yang sangat mendalam, walaupun ada ramai orang di sekeliling. Saya rasa cukup tenang apabila saya sendiri bercakap dan mengadu kepada Allah. Tapi peristiwa itu memang membuatkan saya jatuh terduduk.

“Saya tidak menyalahkan ibu bapa saya, tetapi mungkin mereka tidak begitu memahami betapa runtuhnya pemikiran saya ketika itu,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 6 Aug 2022
Hiburan Sat, 24 Jan 2026
Trending Thu, 17 Jun 2021

Selamat Bersalin 16 Mei Lalu, Miera Leyana Belum Bersedia Kongsi Wajah Anak

Pelakon Miera Leyana selamat melahirkan bayi sulungnya pada 16 Mei lalu. Memaklumkan khabar terbabit selepas sebulan melahirkan cahaya mata, Miera tidak berniat untuk menyembunyikan berita gembira ini. “Saya lebih selesa untuk memberikan fokus kepada proses […]

Trending Tue, 22 Oct 2019
Hiburan Sun, 25 Nov 2018

#SFMM33: Misha Omar Buktikan ‘Otai Masih Berbisa’

Macam ke gimnasium, kita kena rajin dan jadikan rutin harian untuk kekal sihat. Insya Allah, saya akan praktik hal yang sama.

Hiburan Tue, 3 Apr 2018

Shahir Raikan Hari Jadi Engku Aleesya

Namun, baru-baru ini kelibat Shahir kembali kelihatan menerusi gambar yang dimuat naik menerusi Instagram bekas wartawan hiburan, Intan Zabidin.

Featured Wed, 26 Apr 2023
Featured Sat, 4 Mar 2023
error: Content is protected !!