Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 8, 2025 @ 1:46pm

Aisha Retno Labur Besar Untuk Album Sulung – “Secara Keseluruhan Kos Memang Tinggi, Tapi…”

Penyanyi bersuara lunak, Aisha Retno mengambil langkah berani dalam karier muziknya dengan melancarkan album studio pertama berjudul [Re.Hab].

Meskipun hanya menampilkan lima buah lagu bagi fasa pertama, proses penghasilan album ini menelan belanja yang tinggi, menjadikannya antara pelaburan terbesar Aisha sejak bergelar penyanyi.

“Secara keseluruhan, memang tinggi kosnya. Tapi saya okay saja kerana memang semangat hendak hasilkan album studio pertama. Banyak yang saya tulis sendiri dan turut terlibat dalam kerja-kerja penerbitan bersama adik saya, Radi,” ujarnya penuh rasa bangga.

Dengan studio mini di rumah sebagai markas kreatif, Aisha dan adiknya bergandingan hampir setiap hari sejak Januari bagi menyiapkan album ini, sekali gus menjimatkan masa tetapi bukan kos kerana standard produksi tetap diberi keutamaan.

Album [Re.Hab] yang sudah boleh didengari di semua platform digital, menyajikan kelainan dari segi genre dan penyampaian, bermula dengan single pop rock Tak Adil, diikuti lagu etnik pop Jeda, serta tiga lagi lagu: O.R.B.I.T, Lengkapilah Kita (Missing Peace) dan Titik Temu (duet bersama Megat Fazly).

Menampilkan Jeda sebagai single yang mahu diberikan fokus selepas pelancaran Tak Adil, Aisha mendedahkan ia diinspirasikan daripada proses pemulihannya secara peribadi, termasuk berehat daripada soal cinta.

“Dalam proses rehabilitasi, kita perlu ‘jeda’ untuk berfikir dan menyusun langkah baru, sama ada dalam hidup, kerjaya atau percintaan,” katanya.

Selain itu, pemenang tempat kedua Anugerah Juara Lagu 38 ini menyifatkan setiap lagu dalam album sulungnya saling berkait dari segi naratif dan emosi.

“Lagu O.R.B.I.T bawa rasa seakan mimpi bila jatuh cinta, Missing Peace pula kisah keinginan untuk dilengkapi, manakala Titik Temu mengangkat persoalan tentang jodoh, sama ada bertemu orang lama atau insan baharu,” tambahnya.

Walaupun tidak mendedahkan jumlah sebenar, Aisha mengakui nilai pelaburan untuk [Re.Hab] sangat besar, tetapi sepadan dengan kepuasan yang dirasainya sebagai pencipta dan penyanyi karya sendiri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 23 Dec 2025

This Is UNIC: Live In Concert ”Full House’, Bukti Kedudukan Nasyid Masih Relevan

Lebih dua dekad mengabdikan diri dalam dunia muzik berteraskan dakwah, nilai kemanusiaan dan cinta Ilahi, Kumpulan nasyid UNIC sekali lagi mengejutkan ramai pihak apabila…

Hiburan Sun, 5 May 2019
Hiburan Fri, 29 May 2026

Fly FM Perkenal Barisan Baharu Breakfast Show Dengan Ean, Adam Raqeem & Nadia

Fly FM kini tampil dengan barisan baharu untuk segmen Breakfast Show menerusi gandingan Ean, Adam Raqeem & Nadia.

Featured Mon, 15 Jan 2024

Gara-Gara Skandal Rumah Tangga, Shuk Sahar Dedah Kereta Pernah Kena Ludah

Tapi ramai juga yang back up makcik tu kata padan muka shuk🤭

Trending Thu, 9 Jan 2020
Hiburan Sat, 26 Apr 2025
error: Content is protected !!