Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 10, 2025 @ 5:25pm

‘Che Ta & Rakan Selebriti Buka Mata Masyarakat, Harap Kematian Zara Qairina Terbela’

Tragedi melibatkan pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, 13, yang dilaporkan jatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah agama di Papar, Sabah, terus menjadi topik hangat dan mencetuskan pelbagai spekulasi, terutama dalam kalangan netizen di media sosial.

Ada pihak mendakwa kejadian itu berpunca daripada insiden buli oleh pelajar senior. Dakwaan ini semakin kuat apabila keluarga mangsa mendedahkan Zara sebelum ini pernah menyuarakan rasa takutnya terhadap individu tertentu di asrama, namun menurut mereka, tiada tindakan jelas diambil.

Kes ini mendapat perhatian meluas, termasuk daripada selebriti yang bersuara lantang menuntut siasatan dilakukan secara telus demi menegakkan keadilan untuk Zara.

Doktor dan penceramah kesihatan, Dr Afif Mohd Ridzwan, 44, yang kerap menangani kes buli, menegaskan peranan selebriti sangat penting kerana suara mereka mampu membuka mata masyarakat terhadap isu ini.

“Sebagai doktor yang sering berhadapan dengan kes buli, saya berdiri teguh di belakang selebriti, netizen dan masyarakat yang prihatin terhadap nasib Zara serta mahu tegakkan keadilan.

“Mereka adalah penggerak kesedaran iaitu mata masyarakat atau ‘watchdog’ yang memantau setiap pergerakan kes itu.

“Tanpa gesaan atau ‘perjuangan’ selebriti, mungkin kes ini tidak berjalan atau dibincangkan secara serius seperti sekarang.

“Mungkin juga tanpa suara lantang selebriti, kes ini boleh didiamkan begitu sahaja. Jadi peranan selebriti dan netizen yang bergerak pantas sangat memberi impak besar kepada masyarakat. Masyarakat atau netizen mahukan kebenaran.

“Selagi mana peminat ikut dan terdorong untuk melakukan perkara baik disebabkan selebriti itu, selagi itulah pahala mengalir dengan izin Allah,” katanya.

Dr Afif, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Rawatan Al Farhain, pernah beberapa kali memberi ceramah dan membuat hantaran di media sosial berhubung isu Zara.

Menurutnya, Rozita Che Wan atau Che Ta menjadi antara inspirasi utamanya untuk berani bersuara.

“Sejak awal kes ini jadi bualan, saya lihat Che Ta adalah antara artis yang cukup lantang bersuara membela nasib Zara. Kiranya Che Ta buka mata masyarakat dalam isu ini.

“Saya masih ingat, di Instagram miliknya Che Ta membongkar persoalan bagaimana suspek utama kes itu boleh meninggalkan asrama di waktu kejadian. Bagaimana pihak asrama membenarkan suspek keluar sedangkan itu adalah kes kematian.

“Menurut Che Ta lagi, berkemungkinan suspek adalah anak orang kenamaan apabila kes kematian itu tidak diambil serius ketika itu, dakwanya.

“Saya juga sokong apabila Che Ta cakap, kalau kita semua berdiam, kes itu berkemungkinan akan didiamkan. Baginya, rakyat wajar berani bersuara supaya pihak atasan terus menjalankan siasatan.

“Jika saya sebelum ini berhadapan dengan mangsa buli hanya di klinik, keberanian Che Ta bersuara dan membela nasib Adik Zara telah memberi inspirasi, semangat dan dorongan kepada orang ramai untuk menuntut keadilan secara terbuka.

“Jadi, saya dan masyarakat luar sana bersemangat untuk memperjuangkan Justice for Zara,” katanya.

Selain Che Ta, antara selebriti lain yang turut menzahirkan sokongan untuk pembelaan Zara termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Iesya Toh, Mimi Lana dan ramai lagi.

Dr Afif juga berharap semua pihak memberi kerjasama penuh kepada polis agar siasatan dapat dijalankan dengan lancar.

“Seperti yang didakwa oleh banyak pihak, ada yang menganggap terdapat ahli politik cuba melambat-lambatkan kes ini kerana mahu masyarakat terus lupa.

“Dakwa mereka, kononnya ahli politik yang terlibat menganggap ‘Melayu mudah lupa’ terutamanya apabila timbul isu lain pula nanti. Jadi, mereka sengaja lengah-lengahkan kes ini, kata mereka.

“Bukan itu sahaja, saya ada dengar khabar angin kononnya suspek yang menyebabkan kematian Zara dalam proses menukar nama, wajah dan cap jari di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau menukar identiti diri jika keadaan memaksa.

“Kita sendiri pun tidak tahu sejauh mana dakwaan-dakwaan tersebut. Macam-macam spekulasi timbul. Dalam masa yang sama, kita juga perlu menghormati siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak polis.

“Kalau tak ada maklumat yang sahih, janganlah sebarkan kerana ia boleh mengganggu proses siasatan yang sedang berjalan. Saya yakin pihak polis dan pihak berwajib lain bakal menegakkan keadilan,” tambahnya.

Sementara itu, Che Ta menerusi media sosialnya turut menyuarakan harapan agar kes kematian Zara mendapat keadilan sewajarnya.

“Kebanyakan kes (buli) tidak terbela. Namun untuk arwah Zara, semoga ada sinar dan keadilan.

“Semoga peguam yang menguruskan kes ini, diberikan ketenangan dan kelancaran untuk menegakkan kebenaran,” luahnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 14 Nov 2023

Berjaya Jampi Penonton DFP, Khai Bahar Terpaksa Lupakan Sakit Demi Peminat, Siap Bergelek Lagi!

Rugi yang tak datang konsert solo Khai Bahar! Meriah❤️🔥🔥

Hiburan Wed, 17 Dec 2025

Di Sebalik Tabir Karya ‘Rumah Menanti Cahaya’, Keajaiban Studio Hidupkan Set Rumah & Hospital

Rumah Menanti Cahaya tampil meyakinkan dengan visual realistik, meskipun hampir keseluruhan babaknya dirakam di dalam studio.

Trending Wed, 19 Aug 2020
Trending Tue, 5 Nov 2019

BTS Jungkook Kemalangan, Babitkan Pemandu Teksi

Speedy Recovery Jungkook Oppa!

Events Mon, 9 Mar 2020
Hiburan Wed, 27 Mar 2019

‘Flying Kiss’ Dua Lipa Hanya Untuk Hael Husaini?

Siapa sini, repeat video Hael lebih dari sekali angkat tangan!

Events Mon, 15 Jan 2018

KPOP TAKES OVER MALAYSIA IN RECENT K-WAVE 2 MUSIC FESTIVAL

K-Wave 2 Music Festival officially ended on January 13th, for fans who had missed it, fear not as this article will highlight all the information about the epic concert.

Selebriti Thu, 21 Sep 2023
error: Content is protected !!