Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 12, 2025 @ 11:25am

Ibu Dakwa Anna Jobling Hanya Benar Jumpa Dalam Jarak 100 Meter – “Dia Hantar Injunksi Sebab Tak Tahan Kena Puk*l, Saya Hanya Mahu Mengajar Anak”

Tiada angin tiada ribut pelakon Anna Jobling mengejutkan ramai pihak apabila ibunya, Ariz Arop mendakwa berlaku perselisihan faham sehingga dia hadir di balai polis pada Ahad.

Dakwa Ariz, Anna atau nama lengkapnya, Anna Ellisa Gustin Jobling, 25, pernah bertindak menghantar injunksi pada Disember tahun lalu dan hanya membenarkan dirinya itu berjumpa anaknya dalam jarak 100 meter sahaja.

“Saya pernah dapat perintah mahkamah pada tahun lalu. Tapi perkara itu sudah selesai cuma ada beberapa perintah.

“Peguam saya dan peguam dia ada berbincang dan injunksi itu terbatal cuma ada beberapa perintah yang saya tidak boleh langgar.

“Dia minta injunksi supaya saya tidak berjumpa dengannya dalam jarak 100 meter. Dia buat saya sampai macam itu,” katanya memetik laporan mStar.

Dalam pada itu, Ariz mendakwa tindakan melampau Anna pada Ahad lalu membuatkan dia sudah hilang sabar sekaligus mendedahkan perintah injunksi sebelum ini diberikan kepadanya dek kerana berkelakuan kasar termasuklah memukul teraju utama drama Melur Untuk Firdaus itu.

“Saya kalau boleh nak tutup cerita anak sendiri tetapi kejadian semalam (Ahad) betapa dia bongkak. Kita bergaduh dalam kereta saja tidaklah sampai bertarik rambut.

“Sebelum ini dia hantar injunksi sebab dia tak tahan kena pukul. Katanya mentalnya diseksa. Saya hanya mahu mengajar anak. Tapi dalam injunksi kononnya kena mental torture,” dakwanya.

Dakwa Ariz lagi, dia kini sudah tidak lagi dibenarkan mencampuri urusan kerja anaknya itu termasuklah memilih tawaran yang diterima.

Terdahulu, Ariz turut memuat naik gambarnya sedang menangis ketika berada di balai polis.

Ariz juga berkongsi foto tangannya yang kelihatan kemerahan, dipercayai akibat mengetuk cermin pintu kereta selepas dikunci dari dalam.

Malah, menerusi hnatran sepotong video pendek, Ariz meluahkan rasa terkilan dengan sikap Anan yang melayannya seperti ‘anjing kurap’.

ARTIKEL BERKAITAN:Hantaran Di Balai Polis Cetus Persoalan… Ibu & Anna Jobling Bergaduh, Terima Perintah Injunksi?

ARTIKEL BERKAITAN:Sanggup Bergadai Demi Anak, Ibu Anna Jobling Rasa Terhina Dakwa Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’?

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 9 Apr 2020
Trending Mon, 16 Apr 2018

忘拉手煞爱车被风吹跑「自动倒退还会转弯」

买个东西出来车就不见了?山东省青岛市黄姓男子本月6日开车前往当地某购物中心血拼,没想到30分钟后出来爱车却消失无踪,以为是遇上偷车贼急得打电话报警,结果警员调阅监视器画面一看……

Featured Wed, 5 Mar 2025

[VIDEO] Kongsi Karakter 4 Anak, Ibu Mengaku Syed Saddiq Kuat Membebel?

ibu kepada Ahli Parlimen Muar ini berkongsi karakter empat orang anaknya iaitu, Sharifah Amani, Syed Salleh, Syed Abdullah dan Syed Saddiq.

Hiburan Thu, 2 Jun 2022
Hiburan Sun, 18 Sep 2022

“Kalau Tak Puas Hati Cakap Depan-Depan” – Ayda Jebat

Motif nak cakap belakang kan? Jumpa depan lah

Featured Tue, 4 Oct 2022
Hiburan Mon, 11 Aug 2025

[VIDEO] Syasya Rizal Tepis Dakwaan Tolak Kepala Anak Kuat Demi Trend TikTok

Syasya Rizal perjelas video trend tiktok dilajukan

Featured Thu, 23 Sep 2021
familuv Fri, 25 Nov 2022

Sambut Kepulangan Dari Switzerland, Hafiz Mahamad Terharu Diraikan Pekerja

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Hafiz Mahamad yang baru sahaja pulang dari Switzerland setelah bercuti bersama keluarga terharu apabila kepulangan disambut oleh pekerja-pekerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.   View this post on Instagram   […]

error: Content is protected !!