Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 13, 2025 @ 11:20pm

“Che Ta Titip Pesan Buat Ibu Zara Qairina – “Jangan Rasa Sendiri, Kita Semua Tengah Bangkit”

Pelakon jelita, Rozita Che Wan menegaskan kelantangannya menyuarakan isu buli menerusi platform media sosial adalah kerana mahu membuka mata masyarakat supaya lebih cakna terhadap masalah tersebut.

Katanya menerusi temu bual bersama penyampai radio HotFm,  insiden tragis yang menimpa pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Agama Tun Datu Mustapha, Allahyarham Zara Qairina wajar dijadikan iktibar agar kejadian sebegini tidak berulang lagi.

“Mula-mula saya terbaca luahan hati seorang ibu, terdetik dalam hati saya kan kalaulah saya ni dekat tempat mak arwah, Puan Noraidah ni macam mana saya nak hadap masalah ni seorang diri.

“Sebenarnya saya start post dekat Instagram Stroy (IGS) tu supaya orang nampak. Kemudian saya post pula dekat feed sebab masa kes adik Zara jadi, banyak sangat kes viral yang muncul juga. Jadi mungkin ada yang terlepas pandang dengan kes buli libatkan arwah. Sebab tu bila saya post sahaja, 2.3 juta tontonan dekat saya punya IG.

“Jadi, saya rasa daripada situ orang mula tengok ini cerita pasal siapa, dan tanya, komen semua. Itu yang saya nak sebenarnya,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Dalam pada itu, Rozita atau lebih mesra dipanggil Che Ta mengakui, dia juga pernah bersekolah asrama dan pernah melihat sendiri kejadi buli disekolahnya pada ketika itu.

“Sebenarnya kes buli ni buka harini sahaja sebenarnya daripada zaman dulu. Zaman saya sekolah asrama pun ada kes buli.

“Masa saya sekolah dulu pelajar senior suka nak tunjuk lagi hebat daripada cikgu. Sebab tu dia buli pelajar junior ni,” kongsinya.

Mengulas lanjut, ketika ditanya sama ada dia membenarkan anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana memasuki sekolah berasrama penuh atau tidak, Che Ta menegaskan, dia tidak akan mengizinkan anaknya itu untuk bersekolah di asrama penuh kelak.

“Eh, memang tak lah nak hantar Aaisyah sekolah asrama dengan keadaan buli yang sekarang  ni,” jawabnya ringkas.

Ketika mengakhiri sesi temu bual, Che Ta sempat menitipkan pesana buat ibu kepada arwah Zaraagar sentiasa kuat dan tidak merasakan bahawa dia kini keseorangan.

“Jangan rasa dia keseorangan sebab kita satu Malaysia sekarang ni tengah orang kata bangkit untuk menegakkan kebenaran, keadilan.

“Jadi kita semua bersama-sama dengan dia sebenarnya sekarang ni,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 3 Aug 2023

Kelakarnya! Terpegun Tengok Beza Ketinggian Hael Husaini & Nadhir Nasar, Netizen Komen: “Budak Sekarang Banyak Makan Hati Bang!”

Penyanyi popular, Hael Husaini mencuri perhatian selepas berkongsi sepotong video pendek menerusi akaun TikTok miliknya ketika hadir pada majlis fesyen jenama terkenal antarabangsa, Balenciaga baru-baru ini. Menerusi perkongsian tersebut, Hael kelihatan berjabat tangan bersama pelakon […]

Hiburan Fri, 26 Jan 2024
Hiburan Mon, 22 Jan 2024

Hadiahkan Barangan Peribadi Untuk Peminat, Konsert Wings The Rock Emperor Bakal Gegarkan Pulau Pinang 24 Februari Ini!

“Dah tentu konsert ini tidak akan sama seperti yang berlaku di Shah Alam. Kita akan ubah sikit repertoire dan juga persembahan serta akan jadikan intronya lebih menarik di Pulau Pinang” – Wings

Trending Thu, 17 Sep 2020
Trending Thu, 20 Aug 2020
Hiburan Tue, 9 Jul 2019
Trending Sat, 6 Jun 2020
error: Content is protected !!