Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 15, 2025 @ 10:49am

DJ Sonic Puji Keperibadian Fazura, Sentiasa Beri Nasihat Abaikan Kritikan Netizen – “Keluarga Dia Pun Tak Pernah Bagi Kenyataan”

Pengacara dan penyampai radio, DJ Sonic secara terbuka memuji keperibadian pelakon dan penyanyi, Nur Fazura.

Menerusi perkongsian di Threads miliknya, DJ Sonic atau pemilik nama sebenar, Awang Suffian Awang Hussein, 46, memaklumkan Fazura sentiasa menasihatinya untuk tidak memberi respons terhadap isu yang mengaitkan selebriti wanita itu.

“Fazura baik sangat. Dia selalu nasihat kami jangan respon, diam saja. Tak perlu balas komen.

“Tetapi, selepas setahun berdiam perkara makin teruk. Video Nyama (panggilan Fatima) dan nenda (ibu Fattah Amin).

“Fazura pun tak ada bagi sebarang kenyataan. Dia masih jaga hubungan anak dan nenek tapi ada yang suruh dia bersumpah bagai.

“Ingat Allah ada, selalu dia meniaga di TikTok akan ‘sold out’, itu bukti Allah bantu orang teraniaya,” katanya.

Dalam ciapan lain, DJ Sonic yang sering menjadi pengacara dalam acara dikendalikan oleh Fazura ini turut memuji ahli keluarga aktres filem popular Manisnya Cinta Di Cappadocia itu.

Menurut DJ Sonic, ahli keluarga selebriti wanita itu lahir dari keluarga yang hidup di luar negara.

“Setahun berlalu, satu kenyataan pun tak pernah keluar dari keluarga Fazura. Tak ada walaupun abang dia teman ke mahkamah.

“Selama ini, saya kenal keluarga mereka ini. Bukan calang-calang ya. Ada di London, Brunei dan bukan biasa-biasa.

“Mereka semua profesional, sampai sekarang tak ada siapa yang masuk campur, atau masuk ‘frame’,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 5 Mar 2021
Featured Wed, 2 Nov 2022
Hiburan Thu, 24 Oct 2019
Hiburan Mon, 11 Feb 2019

Mengaku Rindu Konti, Shuib Mahu Buat Comeback?

Shuib turut mempersoalkan sama ada kemunculannya masih relevan lagi atau sebaliknya.

Hiburan Thu, 26 Jun 2025

Cakra Khan Belanja RM5,000 Sebulan Bela 30 Kucing Jalanan

Cakra Khan ada perancangan untuk buat pusat perlindungan kucing jalanan

Trending Tue, 21 Sep 2021

“Masa Pantang Jaga Makan, Habis Pantang Makan Ayam Goreng…” – Dr. Say Mengaku Isteri Tak Berpantang, Amal Makanan Sihat & Seimbang

Personaliti media sosial dan pengacara, Dr. Say Shazril atau nama sebenarnya, Shazril Shaharuddin mengakui isterinya, Dr. Azura Abas tidak pernah berpantang semenjak kelahiran anak pertama mereka, Aezriel. Baru sahaja menimang cahaya mata kedua, Sefriel pada […]

error: Content is protected !!