Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 14, 2025 @ 3:14pm

Bapa Tiri Diminta Pulang Wang Tunai RM1.3 Juta, Anak Arwah Pengasas Dnars Bersuara – “Jangan Makan Harta Yang Bukan Hak Kita”

Anak kepada Allahyarham Pengasas Dnars, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad iaitu Irdina Hakim tampil bersuara selepas berita bapa tirinya, Ahmad Shah Rizal diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada Rabu supaya mendepositkan semula wang tunai RM1.3 juta milik Faziani ke dalam akaun pentadbir bersama harta pusaka Allahyarham.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Irdina kelihatan memuat naik laporan berita berkenaan beserta foto bersama arwah ibunya, gelang tangan dan cincin bertakhtakan berlian.

“Masa berlalu dan Allah tak pernah tidur. Apa yang ditakdirkan untukmu maka tetap untukmu apa yang tidak harus kau ikhlaskan kembalikan.

“Jangan makan harta yang bukan hak kita jika tidak ia menjerat diri sendiri. Tapi ini bukan tentang harta ini tentang Hak & Adil.

“Sekian ini sahaja, lebih banyak kehadapan saya dan adik-beradik serahkan kepada yang lebih Arif,” kongsinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @irdnar_j

Terdahulu, Hakim Zaini Sulaiman memerintahkan Ahmad Shah Rizal berbuat demikian dalam tempoh 30 hari selepas membenarkan permohonan ahli-ahli waris Allahyarham Faziani.

Akaun pentadbir bersama turut dimiliki oleh Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 48, dan anak sulung Allahyarham Faziani, Aqbar Hakim Jasman, 25.

Difahamkan, Ahmad Shah Rizal memfailkan tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah dan salah satu harta sepencarian yang dituntut adalah wang tunai RM1.3 juta yang berada dalam peti besi sebelum diambil olehnya.

Untuk rekod, Allahyarham Faziani meninggal dunia pada 18 Mei 2019 selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Pattani, Thailand.

Usahawan itu maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah, manakala suaminya hanya cedera.

Kemalangan tragis yang berlaku pada bulan Ramadan itu adalah ketika Faziani dan suaminya dalam perjalanan ke rumah anak-anak tahfiz bagi menyampaikan sumbangan.

 

Sumber: Berita Harian, Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 5 Dec 2018
Hiburan Fri, 20 Sep 2019

Tahniah…Alif Satar, Isteri Dapat Anak Ketiga!

Syukur Alhamdulillah…Tahniah Alif & Shad!

Hiburan Tue, 7 May 2024
Events Wed, 15 May 2019
Trending Thu, 22 Mar 2018

Pemandu Grab Pulang Balik Barang …

Walaupun barang yang dipulang cuma kecil sahaja tetapi niat itu yang paling penting memulangkan bukan hak sendiri

Featured Wed, 20 Dec 2023

Kongsi Foto Tayang Peha, Netizen Tegur Penampilan Intan Najuwa

Korang pun laju je mata nak tengok benda tu ek😅

Featured Tue, 14 Jan 2025

Selepas Lagu ‘Andai Tiada Dia’, Isyariana Bakal Jalin Kerjasama Dengan Komposer Indonesia

Ramai yang tidak menyangka Isyariana boleh menyanyi malah mempunyai suara yang sedap.

Featured Wed, 19 Apr 2023
error: Content is protected !!