Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 15, 2025 @ 4:13pm

Sophia Albarakbah Bangkit Lawan Emosi, Terus Fokus Kerjaya Walau Dihentam Netizen

Meskipun teruk menerima hentaman netizen susulan isu tular baru-baru ini, pelakon jelita, Sophia Albarakbah tidak patah semangat.

Sebaliknya, Sophia atau pemilik nama sebenar, Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman terus bangkit dan melawan emosinya bagi meneruskan kerjaya lakonannya.

“Dari segi emosi dan kesihatan mental saya, saya masih tak okay tapi saya beritahu diri saya tak boleh ‘down’ sebab ada banyak kerja dan komitmen yang kena buat.

“Saya tak boleh baring dan duduk menangis saja sebab nanti susahkan orang lain,” katanya.

Sophia berkata demikian ketika ditemui di sesi fotografi drama terbaharunya, Bukan Salahku bagi slot lestary TV3.

Mengulas lebih lanjut, aktres drama rantaian Lelaki Itu enggan terlalu dibelenggu dengan perasaan yang hanya akan mengeruhkan kesihatan mental dirinya.

“Saya takut kalau lama-lama kita layankan perasaan, boleh jadi ‘depression’. Jadi saya sekarang saya cuba tak fikir benda negatif dan fokus pada benda positif sahaja.

“Syukur ada keluarga dan pengurus yang sentiasa beri sokongan, mereka buat saya rasa okay sikit untuk kembali bekerja seperti sediakala, biarpun masih menerima komen negatif di media sosial,” katanya.

Dalam masa sama, selebriti berusia 32 tahun ini turut mengakui dia tidak berani untuk keluar dari rumah seorang diri, malah akan memastikan dirinya sentiasa ditemani selain memakai pelitup muka.

Menurut Sophia, tindakan itu sudah menjadi kebiasaannya sejak dahulu lagi, bukan hanya selepas insiden buli siber yang berlaku.

“Saya masih takut untuk keluar ke tempat ‘crowded’. Kalau keluar, saya tutup semua dan pakai ‘mask’ tapi bila pakai ‘mask’ pun ada orang kenal.

“Saya rasa tak selamat nak keluar berseorangan jadi saya kurang keluar dan kalau keluar, pasti berteman seperti kawan-kawan atau pembantu peribadi saya. Di acara saja saya tunjuk muka. Sebab saya takut apa-apa jadi, kita tak tahu apa yang boleh berlaku,” katanya.

Sophia sebelum ini memfailkan laporan polis selepas menerima serangan kecaman berbaur lucah, penghinaan, ugutan serta gangguan seksual di media sosial susulan isu tular baru-baru ini.

Berkongsi mengenai drama terbaharunya Bukan Salahku yang bakal ditayangkan di slot Lestary TV3 bersama aktor, Alvin Chong, Sophia berkata dia berani mengambil cabaran untuk memegang watak sebagai seorang perempuan ‘tomboy’.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 17 Jan 2023
Featured Tue, 17 Jan 2023

[VIDEO] Suami Beli 19 Tudung Hampir RM5,000 Untuk Sokong Fatin Afeefa Mahu Berhijab – “Pelan-Pelan Kayuh”

Alhamdulillah, murah rezeki selalu belanja isteri ❤️ Mesti cantik Fatin Afeefa pakai tudung 🥰🥰

Cahaya Mata Wed, 7 Jun 2023
Featured Sun, 7 May 2023
Featured Sat, 27 May 2023
Hiburan Tue, 19 Dec 2017

“ANDA BUAT APA HARI INI? TENGOK VIDEO LUCAH? – DR AMALINA BIDAS KOMEN NETIZEN

Apa yang lagi mencuri tumpuan apabila Amalina sendiri membalas tuduhan itu secara sinis dan jauh lebih pedas terhadap netizen tersebut.

error: Content is protected !!