Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 16, 2025 @ 2:03pm

“Saya Nak Tengok Berapa Ramai Akan Gigit Lidah Sendiri” – Haneesya Hanee Bakal Dedah Kejadian Sebenar Isu Kelab Malam

Pelakon, Haneesya Hanee sekali lagi mencuri tumpuan selepas meluahkan rasa kesal tiada mana-mana pihak yang mahu mendengar kenyataannya yang dianggap sebagai manusia sering melakukan dosa.

Menerusi sebuah video di TikTok miliknya, Haneesya berkata dia sudah mendedahkan segala perkara secara terperinci berhubung isu tular membabitkannya bersama aktres, Anna Jobling yang kembali hangat menjadi sebutan

“Tak apa, biarkan saya menikmati perkara ini. Saya dah cuba untuk berterus terang tetapi tak ada siapa yang nak dengar atau percaya perkataan daripada mulut insan berdosa ini.

“Saya dah dedahkan semuanya dalam satu temu bual dan bila dah ditayangkan, itu adalah kali terakhir saya akan bercakap mengenai isu ini,” katanya.

Pemilik nama sebenar Sharifah Haneesya Hanee Sayad Sahlan, 25, ini juga memaklumkan selama lapan tahun dia hidup dalam rasa bersalah membelenggu dirinya, selain tidak henti memohon keampunan daripada orang ramai atas tindakannya di kelab malam ketika berusia 18 tahun.

“Saya adalah seorang dewasa sekarang. Anda semua nak marah saya ketika berusia 18 tahun silakan.

“Lapan tahun saya hidup dengan rasa bersalah. 8 tahun saya perlu merayu untuk meminta kemaaffan dariapda semua orang. Lapan tahun saya berlawan dengan kesihatan mental sendiri.

“Jadi saya nak tengok hari itu (temu bual) dikeluarkan berapa ramai yang akan gigit lidah sendiri nanti,” katanya.

@haneesyahanee_

Its okay let me take a sit n im gonna enjoy this ride. I been trying to tell the truth but nobody wants to listen or believe words from a sinners mouth. I did 1 interview where i shared everything. I spilled everything unfiltered. Once that interview is on air, it will be the last time ill ever talk about this issue. Im a grown adult now. Yall wanna be mad at my 18yrs self be my guests be mad stay mad. Im not 18 anymore. 8 years living in guilt. 8 years of feeling having to beg everyone’s forgiveness. 8 years battling with my own mental health. So Aku nk tengok on that day berapa ramai yg akn gigit lidah sendiri nanti.

♬ original sound – THE ONE (Check Bio)

Sebelum ini, Haneesya meluahkan rasa berang apabila segelintir netizen mengungkit semula kontroversi lama mengenai dirinya yang telah dikaitkan dengan isu hangat membabitkan aktres, Anna Jobling dan ibunya, Ariz Ayop.

Aktres drama rantaian Aku Bukan Ustazah berkata dia tidak pernah mengiyakan selebriti yang disebut netizen itu adalah individu yang didakwa mendedahkan videonya berada di kelab malam.

Terdahulu, nama Haneesya kembali menjadi sebutan ramai selepas isu berkaitan kemenangannya dalam sebuah program ditarik semula susulan tular video memaparkan dirinya berhibur di kelab malam.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Isu Tular Itu Tak Ada Kena-Mengena Dengan Saya” – Haneesya Hanee Berang Kontroversi Kelab Malam Diungkit Semula

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 10 Sep 2022

“Hidup Yang Banyak Sangat Fitnah” – Aaron Aziz Bimbang Fikir Masa Depan Anak-Anak

Betul tu! bagi ibu bapa ia adalah perkara yang perlu diberi perhatian

Featured Tue, 5 Sep 2023

Ilmu Perlu Seiring Dengan Akidah, Ini Respons Padu Salih Yaacob Tentang Poligami – “Ada Banyak Isteri Pun Kena Ingat Siapa Yang Layak Bersama Ke Akhirat”

Apabila otai berbicara memang padu lahhh ❤️‍🔥❤️‍🔥 3 bulan belajar ilmu poligami saja tak cukup ya 🫢

Hiburan Thu, 11 Jan 2018

SUDAH GIVE UP, KENAPA DENGAN ELYANA?

Disebabkan video pendek yang mengandungi beberapa quotes dalam bahasa inggeris itu, ramai peminatnya tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat dan mendoakan beliau agar terus kuat dan sihat

Selebriti Fri, 1 Dec 2023

Tular Video Makan Bersama, Status Hubungan Dengan Syafiq Kyle Jadi Persoalan… Ini Penjelasan Mimi Lana

Saya dan Syafiq dalam keadaan baik tetapi kami memilih untuk fokus pada diri masing-masing dan juga kerjaya – Mimi Lana

Hiburan Sun, 11 Nov 2018

10 Filem Melayu Dengan Kutipan Terendah Sejak Ditayangkan

Mungkin bukan kerana kualiti filem itu sendiri, namun masing-masing menampilkan kelebihan tersendiri. 

Hiburan Fri, 12 Jan 2018

Farid Kamil Mungkin Tertekan – Adik

Adakah Farid Kamil memang tertekan atau disebaliknya?

error: Content is protected !!