Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 10, 2022 @ 5:30pm

“Hidup Yang Banyak Sangat Fitnah” – Aaron Aziz Bimbang Fikir Masa Depan Anak-Anak

Baru-baru ini, pelakon popular, Datuk Aaron Aziz dilihat menyuarakan kebimbangannya menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Menurutnya, apa yang paling menakutkan pada masa sekarang ini adalah, masa depan anak-anaknya yang hidup dalam era sosial media yang penuh dengan fitnah selain kos sara hidup yang semakin tinggi.

“Tengah fikir masa depan anak anak. Macam mana agaknya diaorg nak hadapi hidup yang kos semangkin naik dan sosial media yang penuh dengan fitnah. Ya Allah, lindungi lah anak anak kami. Ameen,” tulisnya.

Sementara itu, pelakon yang popular menerusi filem Ombak Rindu ini  beranggapan bahawa kanak-kanak sekarang ini lebih terdedah dengan penggunaan media sosial yang penuh dengan pelbagai kontroversi dan pengaruh yang tidak baik.

Justeru itu, beliau berharap dan berdoa agar kehidupan anak-anak remaja pada masa kini sentiasa terpelihara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

 

Menjengah di ruangan komen, rakan selebriti dan pengikutnya juga bersetuju dengan apa yang diutarakan malah, mereka juga turut meluahkan rasa kebimbangan yang sama.

Untuk rekod,  Aaron Aziz  mendirikan rumah tangga bersama Diyana Halik pada tahun 2003 dan dikurniakan dengan tiga cahaya mata iaitu, Danish Anaqi, 17, Dwi Ariana, 16 dan Dahlia Arissa, 12.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 20 Feb 2023
Hiburan Wed, 28 Feb 2018

Gara-Gara Akaun Instagram, @boss_ned Warning Netizen?

Nedim memaklumkan bahawa, baby Ney Ney tidak akan ada akaun sendiri melainkan bila Ney Ney sudah besar dan boleh memilih sendiri sama ada mahu menjadi public figure ataupun hidup in a private life

Hiburan Tue, 6 Jan 2026

Fizikal Badan Jadi Perhatian, Remy Ishak Akui Kamal Adli Dah Berubah 

Remy turut memaklumkan dia dan aktor, Syafiq Kyle turut bersetuju bahawa Kamal telah berubah dan seolah-olah menjadi orang lain

Hiburan Tue, 5 Aug 2025

“Saya Diugut, Dicaci, & Dibaling Batu Waktu Rehat” – Farahdhiya Dedah Kisah Hitam Dibuli

Farahdhiya dibuli, nama diconteng dalam makmak, dibaling batu

Filem Wed, 13 Dec 2023

Pendekar Awang: Darah Indera Gajah Bakal Ditayangkan Pada 11 Januari, Nama Pengarah Masih Dirahsiakan?

Tak sabarnya nak tengok filem Pendekar Awang! Tengok trailer pun dah best!

Featured Fri, 8 May 2020
Hiburan Fri, 28 Dec 2018

Noraniza Idris Sebak Di Majlis Pernikahan Anak Sulung

Tahniah Kak Ani terima menantu. Semoga rumah tangga Aliff dan Ezza kekal sampai ke jannah. Insya Allah…

error: Content is protected !!