Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 17, 2025 @ 6:05am

Hariz Hamdan Gembira Dapat Berkawan & Bertukar Idea Dengan Aktor Negara Serantau – “Saya Ingatkan Pelakon Thailand Sombong, Tapi…”

Pelakon Hariz Hamdan gembira dapat berkenalan dengan ramai pelakon negara serantau serta bertukar idea serta berkongsi pengalaman dalam bidang lakonan.

Menurut pelakon drama bersiri Seindah Hujan Cinta yang sedang ditayangkan di Tonton ini, tanggungjawabnya sebagai duta Malaysia untuk jenama antarabangsa Asics membuatkan dirinya dekat dengan duta-duta negara serantau lain seperti dari Singapura, Thailand dan Vietnam.

“Apabila bergelar duta jenama besar mewakili Malaysia, saya berkenalan dengan duta negara lain seperti Thailand, Vietnam dan Singapura.

“Sebenarnya cara mereka bekerja tak jauh berbeza dengan di negara kita dan kebanyakan duta juga merupakan anak seni di negara masing-masing. Saya sangat berbangga dapat jumpa mereka dan banyak berkongsi idea serta bertukar pandangan mengenai lakonan,” jelas Hariz.

Menganggap ia sebagai satu momen berharga, Hariz mendedahkan dia pernah skeptikal terhadap selebriti negara serantau lain.

“Berkenalan dengan mereka adalah satu momen yang berharga untuk saya. Pada awalnya, saya pernah ragu-ragu. Seperti contoh, saya ingatkan pelakon Thailand sombong kerana mereka ada kelompok peminat antarabangsa yang ramai.

“Tapi sangkaan saya meleset kerana sebearnya mereka sangat mudah untuk didekati. Mereka sangat baik dan ramah biarpun ada ‘languange barrier’,” katanya.

Hariz ditemui di acara Asics Garden of Motion di Central Exchange, TRX Mall, baru-baru ini.

Asics memperkenalkan pop-up bertema Garden of Motion, sekali gus mempersembahkan kempen terbaharunya di Malaysia dalam pengalaman yang interaktif dan imersif.

Pop-up ini akan berlangsung dari 14 hingga 17 Ogos, bermula 10 pagi hingga 10 malam dan dibuka secara percuma kepada pengunjung yang mendaftar melalui OneASICS™.

Acara pelancaran ini menghimpunkan hampir 400 tetamu termasuk duta jenama tempatan seperti Hariz Hamdan, Allison Yee dan Haziq Hamzah, bersama barisan duta baharu dari Thailand iaitu Preem Ranida Techasit, Patsapon “Bever” Jansuppakitkun dan Kittipat “Kaownah” Kaewcharoen.

Menyambung kontrak sebagai duta Malaysia untuk jenama terbabit, Hariz meluahkan rasa syukur diberi kepercayaan untuk tahun ketiga.

“Selepas penglibatan saya dalam program Hero Remaja 2020, jenama ini merupakan antara jenama terawal yang menjalin kerjasama dengan saya. Sudah lima tahun saya bekerjasama dengan mereka dan sudah dua tahun saya dengan rasminya bergelar duta Malaysia.

“Saya bersyukur dapat menyambung kontrak untuk tahun ketiga dan tidak mensia-siakan peluang yang diberikan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, drama bersiri lakonan Hariz, Seindah Hujan Cinta kini sedang hangat ditayangkan di Tonton.

Selain Hariz, drama bersiri Seindah Hujan Cinta drama bersiri terbitan Country and Universal Sdn Bhd ini turut dibintangi oleh Yusuf Bahrin, Datin Nelydia Senrose, Ezzanie Jasny dan ramai lagi.

Diarahkan oleh Nizam Zakaria, naskhah adaptasi novel nukilan Qash Shazwani ini bersiaran di Tonton bermula 21 Julai 2025.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 5 Jun 2026

“Jangan Gebang Acah Sangat, Nanti Kena Juga” – Ammar Alfian Titip Pesanan, Akui Kifarah Itu Benar

Ammar mengakui dia juga tidak terlepas daripada melalui pengalaman yang mengajarnya tentang hakikat kehidupan.

Hiburan Thu, 20 Mar 2025
Contest Fri, 29 Mar 2019

#xtraGiveaway: Here are the Winners for Disney On Ice!

Congratulations to all the winners!

Hiburan Mon, 24 Dec 2018

‘Dangdut Bukan ‘Makanan’ Saya Tapi…’ – Wani Kayrie

Penyanyi muda ini bercadang nak hasilkan lagu dangdut tahun depan. Tapi tak nak lagu dangdut rentak sedih katanya…

Featured Tue, 19 Nov 2024
Featured Fri, 23 Aug 2019

ABPBH32: Jom undi untuk Pelakon TV kegemaran anda!

Hantarkan undian anda di www.abpbh.com.my sebelum 15 September.

Trending Wed, 2 Oct 2019
Trending Thu, 2 Apr 2020

Covid-19 : 208 Kes Positif Terbaharu Dan 5 Kematian Dicatatkan Hari Ini

Semoga lebih banyak kes pesakit yang sembuh dicatatkan. #StayAtHome

error: Content is protected !!