Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 17, 2025 @ 6:53am

Harris J Kembali Dengan EP ‘Revival’, Simbol Perjalanan Spiritual & Kematangan Seni

Penyanyi dan penulis lagu British, Harris J singgah di Kuala Lumpur baru-baru ini bersempena siri promosi pelancaran buah tangan terkini berjudul Revival.

Diterbitkan oleh Awakening Music, projek terbaharu ini menandakan kemunculan semula Harris J dalam industri muzik selepas beberapa tahun menyepi, sekali gus menjadi simbol kelahiran semula dirinya sebagai seorang artis.

EP Revival yang memuatkan enam buah lagu sarat dengan mesej keimanan, cinta serta perjalanan rohani. Naskhah ini juga mencerminkan kematangan Harris J baik dari sudut peribadi mahupun kerjaya, dengan penulisan lirik yang lebih jujur dan penuh makna.

Dikenali dengan karya yang mengangkat mesej positif, Harris J meluahkan rasa syukur dapat kembali bertemu peminatnya di Malaysia.

“Saya sangat gembira dapat kembali ke Malaysia dan berkongsi album ini dengan semua peminat saya di sini.

“Malaysia sentiasa mempunyai tempat istimewa di hati saya, dan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada peminat di sini adalah inspirasi terbesar. Saya berharap EP Revival ini dapat diterima baik dan menjadi teman dalam perjalanan spiritual mereka,” katanya.

EP Revival turut menampilkan gabungan karya baharu serta lagu-lagu terdahulu yang diberi nafas segar. Antara trek utama yang menjadi tarikan ialah Qalbi Fil Madinah yang menampilkan kolaborasi bersama Maher Zain, selain O Allah, Salati dan Always Listening.

Single utama Hayati pula dipersembahkan bersama sebuah video muzik bernuansa sinematik arahan pengarah Perancis-Tunisia, Idris Kheder, dengan penggambaran dijalankan di Granada, Sepanyol.

Bagi Harris J, karya ini bukan sekadar tanda kemunculannya kembali dalam arena muzik, tetapi juga membawa misi peribadi yang lebih besar.

“Saya ingin membantu generasi muda Muslim berasa lebih bangga dengan identiti mereka, dan membantu mereka melihat bahawa Islam adalah cara hidup yang sempurna,” jelasnya.

EP Revival kini boleh didapati di semua platform penstriman utama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 25 Apr 2024

Kakak Meninggal Secara Mengejut, Kaka Azraff Ambil Alih Jaga 4 Orang Anak Saudara – “Saya Langsung Tidak Mahu Sambut Raya Tahun Ini”

Sebaknya! Hanya yang kehilangan insan tersayang je faham perasaan tu😪. Moga Allah mengangkat darjat Kaka. Al-Fatihah

Hiburan Fri, 27 Dec 2019

Penat Hidup Solo, Penyanyi Dangdut Ini Mohon Jodoh Tahun Depan

Semoga berjumpa lelaki yang tepat ya…

Featured Mon, 10 Mar 2025

“Walaupun Saya Kaya Tapi Inilah Cara Makan Seorang Hamba”- Mengaku Suka Makan Duduk Bersila, Opai Anggap Ia Ibadah Paling Senang Diraih

Opai berkata, ibadah yang paling senang untuk diraih adalah dengan duduk bersila di atas lantai ketika menjamu selera.

Featured Mon, 25 Nov 2024

Nora Ariffin Syukur Kembali Jadi Isteri Sah Dr Rushdi -” Kami Rujuk Secara Rasmi Di Mahkamah”

Penyanyi, Datuk Nora Ariffin hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, hari ini bagi mengesahkan proses rujuk dengan suaminya, Dr Rushdi Ramli.

Featured Mon, 22 Jun 2026

Dihentam Ombak Kuat, Space Dollah Hampir M*ti Lemas Di Bali – “Ketika Itu Saya Mengucap Banyak-Banyak”

Space Dollah mendedahkan detik cemas apabila dia hampir kehilangan nyawanya.

Selebriti Mon, 4 Dec 2023
Featured Wed, 9 Aug 2023
error: Content is protected !!