Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 17, 2025 @ 6:58am

Lagu Tentang Detik Pertama Jatuh Cinta, ‘Siapakah Namamu’ Jadi Taruhan Andi Bernadee

Penyanyi dan komposer berbakat, Andi Bernadee kembali dengan buah tangan terbaharu berjudul Siapakah Namamu, sebuah karya yang menceritakan keindahan pertemuan cinta tanpa diduga.

Lagu ini merupakan hasil kolaborasi erat antara Andi, Kuizz dan The T, dengan Kuizz bertindak sebagai penyusun muzik serta penerbit.

Menurut Andi, single ini membawa pendengar menyelami pengalaman jatuh cinta buat kali pertama, saat hati terpaut pada pandangan pertama dan muncul keinginan untuk mengenali insan tersebut.

“Lagu ini menceritakan tentang seseorang yang menunggu kehadiran cinta. Akhirnya, cinta itu hadir di depan mata, mempesona dengan wajah ayu, cantik dan jelita, lalu timbul keinginan untuk berkenalan,” ujar Andi.

Idea asal lagu tercetus apabila Andi menerima melodi daripada The T yang segera menarik perhatiannya.

“Saya tertarik dengan melodinya dan merasakan ada sesuatu yang istimewa. Sebelum ini, saya belum pernah mempunyai rentak seperti ini dalam diskografi saya,” jelasnya.

Selain menyanyi, Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile turut terlibat dalam penulisan lirik bagi memberikan sentuhan peribadi.

“Saya mahu menyuntik elemen yang mencerminkan diri saya agar lagu ini benar-benar dekat di hati,” tambahnya.

Walaupun proses rakaman berlangsung lancar dan tidak mengambil masa lama, anak kelahiran Kota Kinabalu itu mengakui cabaran sebenar terletak pada aspek vokal.

“Melodinya kedengaran mudah, tetapi sebenarnya ia memerlukan kawalan vokal pada bahagian melodi yang naik dan turun. Keunikan melodi inilah yang menjadi kekuatan lagu ini,” katanya.

Andi juga tidak lupa menghargai kerjasama rakan kolaborasinya, Kuizz dan The T, yang disifatkan sebagai tulang belakang kepada penghasilan Siapakah Namamu.

“Mereka adalah orang-orang kuat di sebalik lagu ini. Saya berterima kasih kerana mereka menjalankan tugas dengan baik. Tidak ada masalah untuk saya bekerjasama lagi dengan mereka pada masa akan datang,” kata Andi.

Bagi Andi, pendengar tidak perlu terlalu menafsirkan lirik lagu ini.

“Pasang saja lagu ini ketika anda sedang dilamun cinta dengan seseorang yang baru anda kenali. Anda akan faham perasaannya,” ujarnya.

Siapakah Namamu boleh didengarkan di semua platform penstriman digital bermula 15 Ogos 2025, manakala muzik video rasmi akan dilancarkan secara eksklusif di saluran YouTube Andi Bernadee.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 22 Dec 2025

Alha Alfa Tegur Netizen Luah Kata Kesat Pada Zara Zya – “Please Diam! Boleh Down Orang Yang Ada Kanser Baca”

Datuk Alha Alfa, tampil menegur sikap segelintir netizen yang tidak berlapik melontarkan kata-kata kesat melibatkan isu penyakit serius.

Hiburan Wed, 12 Jul 2023
Hiburan Tue, 19 Nov 2019

Asyik Putus Cinta, Luna Maya Terfikir Bunuh Diri?

Kumbang bukan seekor, tak gitu?

Hiburan Thu, 31 Jan 2019
Featured Tue, 29 Nov 2022
Trending Wed, 3 Aug 2022

“Tudung Dah Hilang?” – Kongsi Foto ‘Free Hair’, Isteri Caprice Minta Netizen Bertenang

Netizen keliru dengan imej Farra Innalis sama ada sudah berhijab atau belum.

Hiburan Sat, 7 Apr 2018

Suami Noryn Aziz Mohon Kesudahan Terbaik

Harapan saya sudah tentu mahu isu rumah tangga kami selesai dengan kesudahan yang baik, dan saya mohon semua pihak mendoakan yang terbaik buat kami…

Hiburan Thu, 24 Jan 2019

Majlis Kahwin Berkonsepkan Kampung Di Rumah Pengantin Lelaki

Tak sabar nak menunggu majlis kahwin di rumah pengantin lelaki

error: Content is protected !!