Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida April 7, 2018 @ 9:06am

Suami Noryn Aziz Mohon Kesudahan Terbaik

Penyanyi Noryn Aziz pernah mengeluarkan kenyataan pada 23 Mac lalu bahawa dia dan suaminya masih bersama.

Namun, kenyataan suaminya yang juga merupakan ahli parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dilihat sedikit bercanggah yang mana beliau memohon agar kemelut rumah tangga yang kini dalam proses mahkamah menghasilkan keputusan terbaik.

“Saya harap ada perkembangan positif selepas sesi majlis sulh pertama di mahkamah pada 1 April lalu,” katanya.

Sebelum ini, desas-desus rumah tangga pasangan berkenaan mengundang tanda tanya selepas pasangan terbabit dikatakan hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Terengganu.

Raja Kamarul Bahrin yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Terengganu memaklumkan permohonan penceraian mereka difailkan sejak tahun lalu namun enggan berkongsi tarikh tepat.

“ Masalah ini dah difailkan sejak tahun lalu. Selepas sulh 1 April lalu kami tiada perbincangan bersama kerana mahu proses berjalan dengan baik sehingga selesai.

“Harapan saya sudah tentu mahu isu rumah tangga kami selesai dengan kesudahan yang baik, dan saya mohon semua pihak mendoakan yang terbaik buat kami,” katanya kepada Harian Metro.

Difahamkan, proses sulh pasangan berkenaan akan berlangsung sekali lagi di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu selepas Aidilfitri nanti.

Raja Kamarul Bahrin berkata, keputusan untuk membawa kes perkahwinan mereka ke mahkamah bertujuan menyelesaikan situasi rumah tangga yang bergolak sebelum ini.

Beliau dalam masa sama memohon semua pihak menghormati privasi mereka dalam berdepan situasi serta suasana ketika kes masih berada di mahkamah syariah.

“Saya juga ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat hal ehwal kami dan anak kami yang masih kecil,” katanya.

Raja Kamarul Bahrin dan Noryn atau nama sebenarnya Norazmahwati Abd Aziz diijabkabul pada 22 Januari 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Raja Bariq Umar Shah yang kini berusia empat tahun.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 20 Mar 2024

“Kami Memaafkan Semua Yang Terlalu Taksub Pada Manusia Yang Belum Pasti Kebenarannya” – Ibu Aliff Aziz

Kesian dekat ibu Aliff Aziz sampai ahli keluarga yang dah tak ada dimaki

Hiburan Fri, 30 Dec 2022
Hiburan Tue, 11 Feb 2020
Hiburan Mon, 29 Oct 2018

Alami Pendarahan Otak, Seniwati Sharifah Aminah Sudah Sebulan Terlantar Di ICU

Sama- sama kita doakan agar seniwati Sharifah Aminah diberikan kesihatan yang baik seperti sedia-kala. Insya Allah…

Events Mon, 18 Mar 2019

IKEA Terbesar Dibuka Di Penang

Berita baik buat orang Utara! IKEA kini membuka gedung pertamanya di daerah Batu Kawan, Pulau Pinang.

Hiburan Mon, 8 May 2023
Hiburan Thu, 15 Mar 2018

Jangan ‘bawa mulut’ Si Bayi Pipi Merah Belum Melihat Dunia!

Penyanyi ‘Jerat Percintaan’ ini ternyata masih belum bersalin walau pun kini Mac hampir berakhir.

Hiburan Tue, 3 Mar 2026

Detik Di ICU Ubah Segalanya, A Aida Tampil Berhijab Semula – “Bertudung Sebab Hati”

A Aida turut memaklumkan hatinya terdetik selepas teringat janji bersama ustaz

error: Content is protected !!