Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 18, 2025 @ 2:48pm

Genap 3 Tahun Pemergian Arwah Abang, Uyaina Arshad Menangis Dalam Tidur – “Rasa Sakit Sangat Rindu Pada Orang Yang Dah Tak Ada”

‘Kami memeluknya erat, seolah-olah ini adalah pelukan terakhir. Tiba di pintu utama masjid, sebaik sahaja kaki melangkah keluar dan pelukan dilepaskan, Dia hilang’.

Demikian luahan pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad apabila mendedahkan dia masih merasai kehilangan abangnya, Allahyarham Mohd Attaful Uzair Arshad selepas tiga tahun meninggal dunia akibat serangan jantung pada 19 Ogos 2022.

Menerusi hantaran di Instagram, Uyaina, 33, mengakui dirinya berasa sebak apabila bermimpi arwah abangnya itu sempat mengimamkan solat bersama seluruh ahli keluarga di sebuah masjid yang besar dan indah.

“Semalam aku menangis dalam tidur, menangis hampir teresak, bantal aku basah. Namun mata masih tertutup. Aku tak mahu mimpi ini berakhir, kerana aku terlalu rindu.

“Rindu pada seseorang yang dah tak ada, diungguli rasa sakit yang teramat. Dalam mimpi tu, aku dan seluruh keluarga besarku berada di sebuah masjid, besar dan indah. Dan dia yang menjadi imamnya. Baju Melayu putih yang dipakainya memancarkan nur ketenangan pada wajahnya. Aku rindu,” kongsinya.

Lebih menyentuh hati, Uyaina berkata, rindunya sedikit terubat apabila dapat melihat seluruh ahli keluarganya bersatu dalam mimpi berkenaan.

“Usai solat, dia mengetuai bacaan doa. Lembut alunan suaranya, merdu kedengaran menembus jiwa. Kemudian, seluruh ahli keluargaku memeluknya.

“Kami memeluknya erat, seolah-olah ini adalah pelukan terakhir. Apabila tiba di pintu utama masjid, sebaik sahaja kaki melangkah keluar dan pelukan dilepaskan, Dia hilang. Di sinilah aku menangis,” jelasnya.

Dalam hantaran sama, bekas pengacara Wanita Hari Ini itu turut berkongsi tangkap layar perbualan dengan ibunya mengenai mimpi yang dialami.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Mar 2019

Terkilan Permohonan Ditolak, Man Bai Mahu Sistem Pengurusan Istana Budaya Berubah

Man Bai dan Rahim Maarof dijangka mengadakan konsert 2V pada 6 April 2019 (Sabtu) di Dewan Tunku Abdul Rahman MaTiC Kuala Lumpur. Jom dapatkan tiket di www.ilassptickets.com sekarang!

Featured Fri, 9 Feb 2024
Hiburan Wed, 9 Nov 2022
Hiburan Thu, 6 Jun 2024
Hiburan Tue, 11 Jun 2024
Featured Wed, 13 Aug 2025

“Pembuli Tak Pernah Hebat, Mereka Adalah ‘Loser’ Sebab…” – Zizi Kirana

Zizi Kirana tampil mengulas mengenai isu buli yang sedang hangat diperkatakan kini.

Eat Travel Thu, 1 Nov 2018

Mula Dibuka Disember Ini, Papan Luncur Terpanjang Di Dunia Kini Di Pulau Pinang!

Pengunjung yang mahu menaiki luncur ini perlu menaiki tangga pada aras ketinggian 420 meter ke puncak bukit tempat luncur bermula.

Featured Tue, 30 May 2023

Selepas Dedah Kahwin Di Luar Negara, Tash Yong Pilih Tutup Mulut – “Cara Terbaik Adalah Diam”

Diam, menyepi, berdamai dengan diri, makan & tidur – Tash Yong

Trending Tue, 5 Jan 2021
error: Content is protected !!