Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 19, 2025 @ 2:31pm

[VIDEO] Jojo Ghazali Tegur Selebriti & Influencer Didakwa ‘Acah Fighter’ – “Training 2-3 Minggu Terus Nak Masuk Ring, Tolong Jaga Adab!”

Jaguh sukan Muay Thai tanah air, Jojo Ghazali meluahkkan rasa kecewa terhadap trend penganjuran perlawanan melibatkan selebriti dan influencer yang dianggap telah merendahkan martabat sukan berkenaan.

Menerusi perkongsian video di TikTok miliknya, Jojo atau nama lengkapnya, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, 19, menegur segelintir selebriti dan pempengaruh untuk menjaga adab dan etika mereka ketika menyertai Muay Thai.

“Betul-betul memalukan la. Zaman sekarang influencer, selebriti, orang yang acah nak jadi fighter training dua tiga minggu lepastu nak naik ring.

“Nak gaduh, acah jadi fighter suka hati. Buatlah apa pun. Tetapi, bila masuk dalam sukan Muay Thai tolong jaga etika, adab. Jangan bawa perangai bangang kat sini,” katanya tegas.

Dalam video sama, Jojo turut menegur penganjur yang didakwa mengambil jalan mudah dengan menggunakan taktik pemasaran murahan semata-mata mahu menarik perhatian ramai.

“Event organizer zaman sekarang kebanyakannya tak ada etika. Kalau nak buat marketing bangang pun pakailah otak dulu. Jangan suka-suka hati pakai gambar orang letak dalam poster untuk marketing murah tu.

“Tak susah pun nak jaga adab. Make sure everything black and white,”jelasnya.

Jojo turut menyeru para atlet Muay Thai untuk lebih berhati-hati dalam memilih perlawanan kejohanan agar tidak menjejaskan hala tuju karier mereka.

“Kepada fighter, saya faham event macam ni banyak duit. Tapi macam mana fighter Muay Thai nak maju nak maju di Malaysia ni kalau asyik sertai perlawanan murah macam ni?

“Berlawan dengan selebriti, influencer. Sekali dua tak apa, tapi bila dah melampau macam ni sampai bawa perangai tak elok sebenarnya menjejaskan sukan ini.

“Jaga adab dan etika, tolonglah. Saya berusaha banyak untuk naikkan sukan Muay Thai ni,” katanya dalam perkongsian video di TikTok miliknya.

@johanghazali

Etika no 1

♬ original sound – JohanGhazaliMuaythai – JohanGhazaliMuaythai

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Wed, 19 Feb 2025

Demi ‘Content Eyka Hilang’, Ammar Nazhan Didakwa Bayar RM10,000 kepada Polis & Tentera Indonesia?

Rakan dakwa Ammar Nazhan bayar individu jadi kambing hitam mengaku content palsu

Events Sat, 12 Nov 2022

SFMM37: Aina Abdul Letak Harapan Tinggi Untuk Lagu Terus Hidup

Penyanyi terkenal, Aina Abdul meletakkan harapan tinggi terhadap karyanya yang berjudul Terus Hidup di Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SFMM37) nanti. Menurut Aina, karya Terus Hidup ini merupakan karya yang paling disayanginya dan mahu berusaha […]

Trending Tue, 13 Jul 2021
Trending Mon, 1 Apr 2019

Gambar Dan Video Rasmi Perkahwinan Penuh Gemilang Sultan Kelantan Akhirnya Tular

Pasangan ini kini dikatakan sedang menanti kehadiran cahaya mata sulung mereka. Apapun, tahniah diucapkan kepada kedua mempelai diraja. 

Hiburan Fri, 23 Jan 2026

Impian Usia 20-an Jadi Kenyataan, Wajah Mimi Fly Terpampang Di Billboard Times Square New York

Mimi Fly pernah berangan melihat dirinya muncul di sebuah papan iklan besar

Featured Mon, 28 Oct 2024
error: Content is protected !!