Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd April 1, 2019 @ 6:17pm

Gambar Dan Video Rasmi Perkahwinan Penuh Gemilang Sultan Kelantan Akhirnya Tular

Berita perkahwinan antara Sultan Muhammad dan seorang model Russia, iaitu Oksana Voevodina yang pernah tersebar pada tahun lalu kini kembali menjadi perhatian netizen. 

Terbaru, sebuah laman Instagram seorang  jurugambar di Russia memuat naik foto rasmi perkahwinan gilang gemilang antara pasangan itu yang berlangsung di Barvikha Concert Hall pada November lalu.

Instagram jurugambar yang dikenali dengan nama  Maxim Koliberdin turut memuat naik beberapa gambar Oksana yang kelihatan menawan dengan persalinan gaun pengantin serba mewah. 

sumber: maxkoliberdin/Instagram

Perkahwinan yang dianggap sebagai “wedding of the year “itu telah dihadiri oleh ribuan para jemputan tetamu kenamaan Russia. Malah, pelbagai persembahan penuh memukau daripada artis jemputan turut dihidangkan kepada para tetamu.

sumber: maxkoliberdin/Instagram

Sebuah video rasmi perkahwinan pasangan ini turut tular di laman sosial. Turut terdapat sedutan video Sultan Kelantan memberikan ucapan perkahwinan buat isterinya. Sweetnya.

Jom sama-sama kita saksikan video perkahwinan pasangan diraja penuh gilang gemilang ini.

Pasangan ini kini dikatakan sedang menanti kehadiran cahaya mata sulung mereka. Apapun, tahniah diucapkan kepada kedua mempelai diraja. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 16 Nov 2022

Berbadan Sasa, Norman Hakim Nafi Ambil Ubat Steroid

Badan sado tak semestinya ambik steroid kan..

Trending Mon, 6 Jan 2020
Featured Fri, 16 Dec 2022
Hiburan Thu, 16 Nov 2023

Didakwa Runtuhkan Rumah Tangga Wanita Lain, Melly Goeslaw Curang Dengan Polis?

Alamak, betul ke ni Melly Goeslaw curang? Siap ada surat terbuka lagi tu

Trending Wed, 14 Oct 2020
Trending Wed, 23 Jun 2021
Trending Fri, 13 Mar 2020
error: Content is protected !!