Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 21, 2025 @ 6:00pm

“Saya Pernah Dipukul, Rambut Ditarik Pelajar Senior” – Liyana Jasmay Dedah Pernah Jadi Mangsa Buli

Pengarah dan pelakon, Liyana Jasmay mendedahkan dirinya juga pernah menjadi mangsa buli ketika zaman persekolahan dahulu.

Menurut Liyana, pengalaman pahit itu menjadi punca dia berani bangkit menentang pembuli dengan bantuan kakaknya yang turut bersekolah di tempat sama.

“Saya pernah kena pukul dan kena tarik rambut oleh pelajar senior ketika berusia tingkatan satu. Tapi kita kena kuat untuk lawan balik sebab saya rasa benda itu perlu.

“Saya juga hubungi kakak yang berada di sekolah sama dan dia datang membantu meleraikan pergaduhan tersebut,” katanya.

Liyana berkata demikian ketika ditemui pada sesi bersama pelakon drama Putri & Phrince di Pavilion Bukit Bintang, pada Rabu.

Dalam pada itu, ibu anak dua ini mengakui isu buli yang tular baru-baru ini memberi kesan besar kepadanya.

“Sebagai seorang ibu yang memiliki dua orang anak perempuan, isu buli yang berlaku baru-baru ini amat memberi kesan kepada saya dan ibu-ibu yang lain.

“Sebagai ibu bapa, kita takkan terfikir perkara itu akan berlaku apatah lagi kita tidak berada di sisi mereka. Jadi, saya sendiri terbuka berkongsi perkara itu kepada anak-anak saya sekadar untuk memberi kesedaran.

“Malah, saya juga sentiasa berhubung dengan pihak sekolah untuk bertanya tentang keadaan anak-anak saya di sana,” jelasnya.

Dalam masa sama, penyanyi Aku Tak Percaya Cinta itu turut menyalurkan mesej kesedaran tentang isu buli menerusi karya arahannya, Putri & Phrince.

“Ramai yang tidak percaya remaja perempuan yang cemburu dan sakit hati itu boleh menjadi pembuli sehingga ada kejadian berlaku baru ramai yang buka mata. Sebab itu, cerita yang saya hasilkan dari dulu sampai sekarang adalah kisah remaja.

“Dalam drama Putri & Phrince ini, saya selitkan macam mana remaja perempuan yang dianggap lemah itu dapat kekuatan untuk melawan semula selepas dibuli.

“Pada masa sama, peranan kawan-kawan untuk membantu jika ada rakan yang dibuli dan melindungi kawannya,” kongsinya.

Drama Putri & Phrince turut menampilkan lakonan Nesa Idrus, Badron Munirah, Fara Nadiah, Nik Rifaie, Khayrishah Kemal, Farihin Arnia dan Adriana Adnan.

Drama bersiri itu bakal ditayangkan menerusi platform penstriman Viu Malaysia bermula hari ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 13 Sep 2018

Pelajari Teknik DIY Untuk Buat Mainan Ulat Bulu Yang Boleh Bergerak, Guna Straw Saja!

Gunakan aktiviti ini untuk “bond” dengan anak anda.

Trending Fri, 29 Nov 2019

Wanita Rentung Dijumpai Bawah Jambatan

Selepas di rogol di bakar hingga rentung

Featured Wed, 17 Aug 2022
Trending Mon, 30 Nov 2020
Hiburan Fri, 28 Mar 2025
Hiburan Thu, 13 Feb 2025

Dah Ada Anak, Penyanyi Ditangkap Khalwat Pernah Gagal Dalam Perkahwinan Beberapa Kali

Sumber mendedahkan penyanyi ditangkap khalwat sudah mempunyai anak, serta pernah gagal dalam perkahwinan

Hiburan Mon, 23 Dec 2019
Trending Tue, 8 May 2018

埃及图坦卡门墓墙后秘室「根本不存在」

埃及官方先前「90%确定」法老王图坦卡门著名的坟墓背后存在一个秘室;但最新研究显示,墓墙背后根本没有秘室!

error: Content is protected !!