Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 21, 2025 @ 8:59pm

Gaya Hidup Aktif, Nilai Kekeluargaan Menebal Bawa Tuah Kepada Nabila Razali

Gaya hidup aktif serta sifat kekeluargaan yang menebal nyata membawa tuah kepada penyanyi popular, Nabila Razali.

Dilantik sebagai jurucakap Acara BMC Family 360°, Nabila yang menjadi ikon generasi muda yang aktif serta dekat dengan keluarga menjadi sebagai pilihan tepat untuk mewakili acara yang bertemakan ‘Selangkah ke Masa Depan’.

Acara terbabit merupakan sebuah pesta dan karnival keluarga berskala besar yang bakal berlangsung di BMC Mall, Bandar Mahkota Cheras pada 19 hingga 21 September 2025.

Selain tampil dalam sesi bertemu peminat dan persembahan khas, Nabila juga akan terbabit dalam siri kempen promosi menjelang acara utama.

Menurut Nabila, keterlibatan dalam acara ini memberi peluang untuk meraikan erti kekeluargaan dan menyedarkan masyarakat bahawa Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN SDG) turut memberi panduan dalam kehidupan harian.

“Sebagai seorang ibu, isteri dan wanita berkerjaya, saya menyedari bahawa kemampanan bukan hanya berkait dengan alam sekitar. Ia juga merangkumi aspek sosial dan ekonomi yang mampu membentuk keluarga lebih sejahtera untuk masa kini dan masa depan,” katanya.

BMC Family 360° dianjurkan oleh AI Global dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), BMC Mall, iBidan dan CelcomDigi.

Acara ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran, pertunjukan kebudayaan, segmen e-sukan, mini zoo serta pameran inovasi dalam pendidikan, teknologi, kesihatan, makanan dan gaya hidup lestari.

CEO AI Global, Prof. Dr. Ng Kheng Lun, menegaskan bahawa acara ini bukan sekadar karnival, sebaliknya platform komuniti untuk mengukuhkan nilai keluarga, gaya hidup pintar dan masyarakat berdaya tahan.

“BMC Family 360° ialah langkah pertama yang kecil tetapi penting ke arah masa depan yang lebih baik. Langkah ini mungkin mencabar, namun ia sangat diperlukan,” katanya.

Acara yang dijangka menarik lebih 10,000 pengunjung dari Kajang, Cheras dan kawasan sekitar Lembah Klang ini akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 10 malam sepanjang tiga hari penganjuran.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 19 Oct 2023

Ross Ariffin 3 Tahun Hidup Menderita, Dulu Komposer Terkenal Kini Gelandangan Kaki Lima

Kesiannya Ross Ariffin, semoga segala urusan dipermudahkan…

Featured Fri, 11 Jul 2025
Events Tue, 23 Apr 2019

刘力扬久未来马自嘲粉丝不见了!最想与曹格合作

Jeno刘力扬相隔7年再度来马,以旋风式展开宣传行程,为即将发行的新专辑暖身。

Hiburan Mon, 24 Jul 2023
Hiburan Sat, 17 May 2025
Hiburan Mon, 22 Jan 2018

FATHIA LATIFF, SILA JANGAN BUAT KOMEN BODOH, CAPRICE BENGANG!

Menerusi komen yang diberikan Fathia itu, Caprice telah memuat satu lagi video pendek di instagramnya yang seakan-akan memerli Fathia mengenai isu Bigo Live nya beberapa bulan lepas

error: Content is protected !!