Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 22, 2025 @ 3:43pm

Elcah Tak Teragak Saman Syada Amzah, Minta Henti Sebar Fitnah – “Jangan Jaja Cerita Isu Rumah Tangga Aku”

Pempengaruh media sosial, Elcah tidak teragak-agak untuk memfailkan saman fitnah terhadap penyanyi, Syada Amzah yang didakwa telah menyebarkan tuduhan membabitkan isu rumah tangganya.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) miliknya baru-baru ini, Elcah mendakwa dia sudah mempunyai segala bukti terhadap perbuatan Syada itu.

“Last warning! Kepada Syada Amzah, berhenti daripada membuat panggilan kepada semua kawan-kawan aku untuk menyebarkan fitnah mengenai keluarga aku.

”Sekiranya kau teruskan, aku tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang (saman) kerana nama baik keluarga aku sudah calar akibat perbuatan kau.

“Segala perbualan telefon kau telah direkod dan aku dah memiliki bukti yang sangat kukuh,” katanya.

Dalam masa sama, Elcah turut memberi gambaran bahawa dia sudah tidak mampu bersabar lagi dengan tindakan Syada didakwa menjaja cerita mengenai rumah tangganya.

“Tak perlu jaga tepi kain aku, pergilah cari kerja kalau kau bosan tapi jangan nak cerita pasal rumah tangga aku.

“Sebelum ini aku masih menjaga nama kau kerana menghormati Mama Zie dan Kak Sha. Tetapi kali ini, cukup,” katanya lagi.

Terdahulu, nama Syada pernah menjadi perbualan hangat di media sosial atas dakwaan menjadi orang ketika dalam rumah tangga Elcah dan suami, Afifi.

Bukan itu sahaja, Syada turut didakwa perna mengajak Elcah ke kelab malam bagi menghilangkan rasa bosan.

Namun begitu, Elcah pernah menafikan Syada adalah individu yang diperkatakan menjadi keretakan rumah tangganya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 11 Sep 2022
Hiburan Tue, 7 Oct 2025
Trending Thu, 11 Jun 2020
Featured Wed, 5 Jul 2023
Trending Thu, 6 Dec 2018

‘ Nasib Saya Baik Kerana Kunci Kereta Lebih Awal, Kalau Tidak…’ Wanita Kongsi Detik Cemas Di Tempat Letak Kereta

Naluri saya mengatakan untuk kunci kereta pada waktu itu dan beberapa minit kemudian saya didatangi oleh beberapa…

Hiburan Mon, 27 Jan 2025

Muna Shahirah Berdangdut Dengan Lagu Datanglah Sayang

Muna Shahirah cabar diri bawa genre dangdut

Featured Thu, 29 Sep 2022
Hiburan Sat, 2 Nov 2024

Mahu Serlah Bakat & Kejar Ganjaran RM1 Juta Calpis Soda OIAM… Sakit Gout Kronik Tak Jadi Penghalang Lelaki Ini Gapai Impian

Uji bakat OIAM diadakan di Karnival Jom Heboh Johor Bahru 2024, bermulai hari ini dan esok.

Hiburan Thu, 9 Oct 2025

Sharifah Sakinah Hidupkan Watak Ibu Tiri Berilmu Hitam Dalam ‘Qifarah’

Sakinah menghidupkan watak Mawar, seorang ibu tiri yang menyimpan rahsia hitam

Hiburan Tue, 27 Aug 2019

沙巴首部电影《疯夏之箱》曹格父子联手演出

电影《疯夏之箱》如火如荼拍摄中,近日剧组迎来「金曲歌王」曹格与曹爸爸,两人联合出演登上大银幕。据悉,曹格在电影中出演一位关键人物,而曹爸爸亦客串一角,父子两人同台飙戏。

error: Content is protected !!