Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 22, 2025 @ 7:19pm

“Sebagai Lelaki, Tolong Ada Maruah.. Saya Ibu Tunggal” – Nadia Annuar Tuntut Individu Lunaskan Hutang

Bekas pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), Nadia Annuar tampil menegur seorang individu yang masih gagal melangsaikan hutang seperti dijanjikannya.

Menerusi perkongsian video di Instagram Story (IGs), anak kepada usahawan Zaiton Hassan atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Ton ini menegaskan dirinya sudah cukup bersabar menunggu bayaran tersebut.

“Kepada yang janji nak pulangkan duit saya, saya minta jangan sampai saya terpaksa ulang berkali-kali.

“Yang hutang duit saya, janji nak bayar tapi sampai sekarang baru RM1,000 saja dibayar. Jangan sampai saya naik angin. Ini pun saya masih boleh bersabar,” katanya.

Bagaimanapun, Nadia tidak mendedahkan jumlah sebenar yang masih tertunggak.

Dalam masa sama, kakak kepada selebriti, Harris Annuar ini turut berharap individu terbabit mempunyai rasa simpati terhadap statusnya sebagai ibu tunggal, selain menegaskan seorang lelaki seharusnya menjaga maruah.

“Sebagai lelaki, tolong ada maruah sikit ya. Saya seorang ibu tunggal yang mencari rezeki, bekerja keras tanpa bergantung pada sesiapa.

“Tak kira apa alasan, semua orang ada tanggungjawab masing-masing. Kalau dah janji nak bayar, silakan bayar. Saya masih menunggu,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 9 Aug 2023

Serah Soal Anak Pada Rezeki… Dini, Janna Bakal  Pindah Ke Rumah Baru

‘Alhamdullah, everything is great’ – Dini.. Yishh, Syoknya dah kahwin 🥰🥰

Hiburan Mon, 6 Apr 2026

Tonton Rewards Buat Comeback, Ganjaran Lebih ‘Padu’

Melalui konsep “Subscribe & Redeem”, kempen ini bukan sahaja menggalakkan langganan baharu dan pembaharuan pelan tontonan, malah memberikan pengalaman penebusan ganjaran yang lebih menyeronokkan.

Hiburan Thu, 23 Mar 2023

Khas Ramadan Ini: Seleksi Rancangan Wajib Tonton Untuk Seisi Keluarga

Masa bersama keluarga dengan hiburan berkualiti!

Featured Mon, 4 Dec 2023

“Kalau Korang Maki Melayu, Siapa Lagi Nak Sokong!”- Amir Ahnaf

Betul tu! Kalau asyik nak kondem sampai ke sudah tak jadi apa 🔥

Hiburan Wed, 6 Sep 2023
Hiburan Fri, 8 May 2026

Alya Iman Akui Tak Percaya Susuk, Lebih Yakin Dengan Aura Positif

Alya Iman menegaskan dia tidak pernah mempercayai amalan memakai susuk demi kecantikan

error: Content is protected !!