Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 25, 2025 @ 2:30pm

Netizen Minta Marissa Dania Undur Diri, Respons Abby Abadi Pula Curi Perhatian

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi sekali lagi menyorot perhatian ramai selepas memuat naik hantaran mengenai anak perempuannya, Marissa Dania Hakim.

Seolah-olah memendam rasa, Abby hanya mampu menitipkan harapan agar kehidupan Marissa yang memilih untuk berpoligami sebelum ini kembali bahagia.

“Selamat malam dunia tipu-tipu. Semoga ada yang lebih baik menanti esok hari,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi sepotong video pendek yang dimuat naik di Instagram miliknya, Abby bagaimanapun tidak menjelaskan maksud tersirat di sebalik perkongsian tersebut.

“Rasanya banyak yang mahu diceritakan, tapi biarlah komen-komen ini mewakili,” tulisnya pada kapsyen video berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by abbyabadi_112 (@abbyabadi_112)

Dalam hantaran sama, Abby turut berkongsi beberapa tangkap layar komen netizen yang meminta Marissa mengundur diri dan mencari kebahagiaan sendiri tanpa terus bergantung pada suaminya yang juga berstatus suami orang.

Lebih mencuri perhatian, respons balas yang ditinggalkan Abby pada salah satu komen tersebut dilihat seolah-olah bersetuju dengan saranan warganet agar Marissa membina kehidupan baharu.

Untuk rekod, sejak kebelakangan ini Marissa sering berkongsi momen kehidupannya tanpa kehadiran suaminya, Ahmad Aslam.

Dalam masa sama, Aslam pula kelihatan bahagia bersama isteri pertama, Umisya Mazlan, yang sering dipamerkan menerusi siaran langsung dan konten di media sosial.

Situasi itu sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai status rumah tangga mereka.

Sebagai info, Marissa bergelar isteri kedua kepada Aslam selepas bernikah di Songkla, Thailand pada Disember 2023.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 26 Feb 2021

Kompaun RM10,000 Jika Langgar SOP Bermula…

Jaga SOP, Kita masih belum menang!

Featured Sat, 29 Mar 2025

Sarat Emosi, Papar Sisi Berbeza… Ryan Bakery Tampil Dengan Filem Pendek ‘Raya Dipelukan Mak’

Ryan Bakery tampil dengan karya sulung ‘Raya Dipelukan Mak’ khas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Eat Travel Sun, 7 Oct 2018

Imaginasi Hidangan Timur-Barat, Meet & Dine Kafe Wajib Anda Singgah!

Meet & Dine menjanjikan hidangan yang super hebat!

Trending Tue, 24 Nov 2020
Featured Thu, 6 Jul 2023
Events Thu, 20 Dec 2018

Have a Wicked Good Time in Sunway Lagoon this Holiday Season

There’s a bunch of stuff prepared for us.

Hiburan Sun, 14 Apr 2019

Bapa Aman Nassim Meninggal Dunia

Al-Fatihah buat Allahyarham Nassim Haroon…

Trending Wed, 7 Nov 2018

Melampau! Wanita Singapura Buat Tutorial Solekan Wajah Rosmah Untuk Halloween

Tutorial solekan yang dikongsi itu dipercayai dilakukan bersempena sambutan Halloween yang lalu.

Hiburan Sun, 26 Jan 2025
error: Content is protected !!