Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 25, 2025 @ 2:34pm

Hubungan Mesra Ameera Khan & Jefri Nichol, Neelofa Pilih ‘Kunci Mulut’ – “Kalau Jawab Nanti Lagi Ramai Yang Kutuk”

Usahawan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor enggan mengulas lanjut mengenai hubungan mesra adiknya yang juga pempengaruh popular, Ameera Khan bersama kekasih hati, Jefri Nichol.

Kata Neelofa, dia lebih selesa untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kerana ia hanya akan menambahkan lebih banyak mudarat.

“Kalau kita jawab nanti lebih ramai yang kutuk, apa saja jawapan pasti kena kecam. Jadi lebih baik saya senyap dan tak perlu jawab.

“Sebab ada sesetengah perkara tak perlu dijawab untuk orang ramai kerana ia hanya akan mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan,” katanya.

Tak adil banding dirinya dengan Ameera

Mengulas lanjut, Naeelofa menganggap adalah tidak adil jika orang ramai membandingkan dirinya dengan Ameera memandangkan adiknya itu bukanlah lahir dalam industri yang sama dengannya.

“Dulu orang memang ambil tahu tentang selebriti saja tapi tak boleh bandingkan dengan adik saya. Dia bukan pelakon, penyanyi atau pengacara.

“Jadi, tak boleh nak samakan sebab kami dalam bidang yang berbeza dan zaman sekarang dunia media sosial, sesiapa pun boleh jadi terkenal,” jelasnya.

Sekadar info, hubungan mesra Ameera dan aktor popular Indonesia, Jefri Nichol sering menyorot perhatian apabila kedua-duanya semakin terbuka mengenai hubungan mereka.

Malah, Ameera juga dilihat sering berulang-alik dari Malaysia ke Jakarta semata-mata berjumpa dengan kekasihnya itu.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 10 Jan 2026

Tak Sangka Lagu Sendiri Jadi OST, Farihin Arnia Luah Rasa Syukur – “Pada Awalnya Tertekan Juga Sebab…”

Farihin turut tampil dalam drama Kelas Belakang yang memaparkan realiti kehidupan pelajar kelas paling tercorot

Hiburan Fri, 17 Jan 2020
Hiburan Wed, 20 Feb 2019
Trending Tue, 17 Aug 2021
Featured Wed, 26 Jul 2023
Trending Sat, 13 Mar 2021

Sempena Hari Wanita Sedunia, Siti Sarah Nak Taja Hijab Kepada Wanita Free Hair Selama Setahun

Bersempena Hari Wanita Sedunia yang disambut baru-baru ini, penyanyi Siti Sarah berhasrat untuk menaja tudung selama setahun kepada 10 orang peminatnya. Pelantun lagu Ke Hujung Dunia itu memilih lima wanita yang sudah berhijab dan lima […]

Eat Travel Thu, 15 Nov 2018

Ixora Hotel Penang, Hotel Pertama Menyediakan Perkhidmatan Telefon Pintar Untuk Tetamu

Setiap bilik penginapan dilengkapi dengan perkhidmatan WiFi percuma, peti simpanan deposit, televisyen satelit dengan skrin rata serta peti ais mini yang pastinya menjanjikan kepuasan buat pengunjung.

Hiburan Sat, 5 Oct 2019

Gosip Rumah Tangga Goyah, Suami Laudya Cynthia Bella Beri Bayangan…

Doakan yang baik-baik sahaja untuk pasangan ini. Amin!

Featured Mon, 20 Feb 2023
error: Content is protected !!