Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 26, 2025 @ 10:03pm

“Kata Kurus Sebab Diet, Tapi Pakai Ozempic Pun Tak Mengaku!” – Azza Elite ‘Pedas’ Sindir Artis Didakwa Hipokrit

“Kalau pakai ozempic, mengaku sajalah!,”

Demikian teguran pedas penyanyi dan ahli kumpulan Elite, Azza yang meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir selebriti yang didakwa ‘berselindung’ di sebalik kejayaan menurunkan berat badan.

Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari menegur golongan berkenaan agar tidak hipokrit mendakwa kurus hasil diet semata-mata, sedangkan hakikatnya menggunakan suntikan yang hangat diperkatakan itu.

“Kalau pakai ozempic, bagi tahu je la. Aku tanya kata ‘tak adalah diet..’ yang aku pun macam nak mampos diet dengan detox. Berat betul mata memandang, berat lagi bontot berak-berak.

“Jangan percaya semua artis kurus kata diet saja, dengan artis pun tak nak share,” tulisnya di platform Threads.

Menurut Azza, dia sendiri sedang berusaha menurunkan berat badan secara sihat tanpa bantuan ubat kurus, meskipun proses itu mengambil masa yang lama.

“Aku detox pun ambik masa okay, naik turun. Makanya aku detox dengan diet pelan-pelan. Tapi kalau ada ozempic aku bedal juga… buat masa ni aku ‘jobless’ jadi aku miskin dan aku sayang duit,” katanya berseloroh.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 28 Aug 2019

Sikap Senang Percaya Datuk A.Aida Makan Diri

sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga…

Featured Sat, 21 Jun 2025
Trending Thu, 31 Oct 2019

Ah Cheng Laksa Tak Halal, Ini Penjelasan JAKIM

Didakwa Guna Ramuan Tak Halal, Ini Penjelasan JAKIM Mengenai Status Halal Ah Cheng Laksa

Hiburan Thu, 4 Oct 2018

Tupac is Alive and in Malaysia???

A video footage of Tupac in Malaysia is going viral right now.

Featured Mon, 10 Nov 2025

Puteri Zarith Nafi ‘Bitter’, Enggan Terpalit Hubungan Toksik – “Malas Nak Cerita Kisah Lalu”

uteri Zarith menjelaskan bahawa dia memilih untuk tidak mengulas kisah lama demi menjaga ketenangan diri dan imej peribadi.

Hiburan Thu, 5 Feb 2026

Netizen Tegur Isu Baju ‘Off-Shoulder’, Watie Hanifiah & Thalita Beri Penjelasan

Watie turut mengakui Shuib ada menegurnya isu pakaian Thalita itu dikatakan mencolok mata memandangkan usianya masih muda

Hiburan Sat, 22 Jun 2019

Alif Satar Tak Sabar Tunggu Baby ‘A’

Alif Satar berkongsi rasa teruja bakal menimang anak lelaki tidak lama lagi.

error: Content is protected !!