Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal October 31, 2019 @ 12:08pm

Ah Cheng Laksa Tak Halal, Ini Penjelasan JAKIM

Baru-baru ini tular dakwaan rangkaian restoran francais laksa terkenal di Selangor dan Kuala Lumpur mencampurkan darah khinzir di dalam hidangan mereka.

Terkenal dengan laksanya yang lazat, berita ini telah menimbulkan kegusaran pelanggan beragama Islam sama ada mereka yang pernah makan mahupun baru berhajat untuk menjamu selera di restoran tersebut.

Berikutan kerisauan terhadap status halal restoran Ah Cheng Laksa, Bahagian Hab Halal JAKIM telah tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan itu;

“Media sosial Halal Malaysia kini dihujani dengan pertanyaan awam berkenaan status halal premis makanan Ah Cheng Laksa. Ianya berpunca daripada tular yang mendakwa premis makanan tersebut menggunakan ramuan yang tidak halal dan tidak sesuai dikunjungi oleh pelanggan khususnya yang beragama Islam.

Untuk makluman, premis makanan Ah Cheng Laksa masih belum menjadi pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Walau bagaimanapun, Central Kitchen bagi premis makanan berkenaan yang didaftar atas nama Ah Cheng Laksa Sdn Bhd di lokasi Taman Perindustrian USJ 1, Subang Jaya, Selangor telah dipersijilkan halal.

Kredit: Facebook Ah Cheng Laksa

Pensijilan halal yang diperolehi oleh Central Kitchen tidak bermakna seluruh rangkaian outletnya telah dipersijilkan halal kerana bagi permohonan premis makanan berangkai, terdapat syarat-syarat khusus pensijilan halal yang perlu dipenuhi.

Justeru, JAKIM mengalu-alukan usaha murni pihak syarikat untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia untuk seluruh rangkaian premisnya agar kekeliruan status halal dapat diatasi dengan berkesan.

Pihak kami menyarankan kepada para pengguna untuk mengutamakan produk atau premis makanan yang telah mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Premis atau produk makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia bukan sahaja dijamin halal malahan ianya toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan, standard, peraturan dan perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan di negara ini.

Pengguna juga dinasihatkan agar lebih berwaspada sebelum menyebarkan sesuatu tular berkaitan isu halal yang tidak diketahui status kebenarannya dengan merujuk pihak berautoriti agar tidak terjebak ke kancah fitnah dan salah faham sesama ummah yang akan menjejaskan keharmonian negara.

Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.
Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular di http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

Terima kasih.

“Yakini Halal Malaysia”

Sumber: Bahagian Hab Halal JAKIM

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 17 Mar 2026

“Ini Bukan Lelaki, Ini Binatang!” – Sarimah Ibrahim Berang Kes Wanita Hamil Anak Kembar Teruk Dipukul Suami

Sarimah dengan tegas mengkritik perbuatan tersebut yang disifatkannya sebagai langsung tidak berperikemanusiaan.

Featured Wed, 7 Jun 2023
Hiburan Thu, 27 Apr 2023
Hiburan Mon, 24 Nov 2025

Wajah Kamal Adli Didakwa Kelihatan Sugul, Netizen Luah Rasa Simpati – “Muka Dia Nampak Banyak Pendam Benda”

Pelakon, Kamal Adli mencuri tumpuan ramai selepas tular sebuah video di platform TikTok memaparkan wajahnya yang kelihatan ‘sugul’. Menerusi video dikongsikan oleh pengeluar produk makanan sejuk beku, Pak Mat Western, riak wajah Kamal yang sedang […]

Hiburan Tue, 16 Jun 2026

“Tak Anti Lelaki, Cuma Banyak Yang…” – Serah Soal Jodoh Kepada Allah, Madam Mariyah Mahu Fokus Bina Empayar

Tidak pernah menutup pintu hati terhadap jodoh, Madam Mariyah fokus bina empayar.

Hiburan Sat, 18 Jun 2022

Dikhabarkan Menderita Kanser, Adibah Noor Meninggal Dunia

Salam takziah untuk keluarga Adibah Noor.

Featured Wed, 14 Sep 2022

Cik B Selar Netizen Tak Puas Hati OOTD Cecah RM656,000 – “Bukan Nak Flex, Ada Masalah Ke?”

Ye ke Cik B pernah beli bundle ni gais? Katanya baju Dior tu dah lama baru nak pakai 🤪

error: Content is protected !!